SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

BAHANG MALAM KEMUNCAK ABPBH 34 MULA DIRASAI

BAHANG MALAM KEMUNCAK ABPBH 34 MULA DIRASAI

SWA TV by SWA TV
October 12, 2021
in Hiburan, Senitv.com
Reading Time: 1 min read
A A
0
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat (4) kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui program Melodi di TV3, semalam.

Selain kemunculan calon wajah baru yang menjadi pilihan peminat, calon lama yang cukup sinonim dengan anugerah kebanggaan akhbar ini juga masih mendapat perhatian dan kekal relevan.

Proses undian peringkat pertama pencarian Bintang Paling Popular ABPBH 34 untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 10 September 2021 dan berakhir pada 3 Oktober 2021. Manakala undian pusingan kedua akan diadakan bermula semalam, 10 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my. Pemenang setiap kategori utama dan kategori online termasuk Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan undian tertinggi diperoleh calon Top 5 sepanjang proses undian peringkat terakhir ini.

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata sokongan yang diberikan oleh peminat pada proses undian peringkat pertama sangat memberangsangkan.

“Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka.

Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekaligus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini,semalam.

“Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH 34,” tambah beliau.

Calon 10 artis ini adalah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina.

ShareTweetPin
Previous Post

KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

Next Post

FINAS MEMANDANG SERIUS ISU KES JANGKITAN COVID-19 DI LOKASI PENGGAMBARAN YANG DIKAITKAN DENGAN SYARIKAT PRODUKSI TEMPATAN

Next Post

FINAS MEMANDANG SERIUS ISU KES JANGKITAN COVID-19 DI LOKASI PENGGAMBARAN YANG DIKAITKAN DENGAN SYARIKAT PRODUKSI TEMPATAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist