SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

SWA TV by SWA TV
October 11, 2021
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
46
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

11 Oktober 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik pengumuman oleh YAB Perdana Menteri untuk membenarkan Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri termasuk aktiviti pelancongan tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula pada 11 Oktober 2021. Walau bagaimanapun, kebenaran ini adalah tertakluk kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi. Manakala, anak-anak di bawah umur 18 tahun boleh turut serta bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksinasi.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara termasuk melancong tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan serta menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Menurut YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, pengumuman terbaharu oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan khabar gembira yang telah lama dinanti oleh seluruh penggiat industri yang terlibat bagi merancakkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan. Ia juga dapat menjamin kelangsungan hidup pekerja-pekerja dalam rantaian sektor ini yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Bagi memulihkan kembali sektor ini, salah satu fokus yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Pelancongan oleh MOTAC adalah untuk mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan, selain berusaha untuk memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan. MOTAC juga akan terus merangka kempen promosi yang lebih agresif dan strategik bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara.

“Saya berharap dengan pelaksanaan pembukaan rentas negeri ini, ianya boleh membantu dalam memulihkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara” jelas YB Dato Sri Hajah Nancy.

MOTAC juga ingin menggalakkan para pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pelancongan agar menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan. Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Patuhilah segala SOP yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kementerian dan agensi yang berkaitan.

ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC SASAR KERJASAMA SYARIKAT PENERBANGAN ANTARABANGSA TINGKATKAN KEMBALI KETIBAAN PELANCONG ASIA BARAT

Next Post

BAHANG MALAM KEMUNCAK ABPBH 34 MULA DIRASAI

Next Post

BAHANG MALAM KEMUNCAK ABPBH 34 MULA DIRASAI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist