SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MOTAC SASAR KERJASAMA SYARIKAT PENERBANGAN ANTARABANGSA TINGKATKAN KEMBALI KETIBAAN PELANCONG ASIA BARAT

MOTAC SASAR KERJASAMA SYARIKAT PENERBANGAN ANTARABANGSA TINGKATKAN KEMBALI KETIBAAN PELANCONG ASIA BARAT

SWA TV by SWA TV
October 11, 2021
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 1 min read
A A
0
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri Hajah
Nancy Shukri hari ini telah mengadakan pertemuan bersama beberapa wakil
pengurusan dan agensi jualan melibatkan empat syarikat penerbangan antarabangsa di
Asia Barat dalam usaha menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan pilihan.

Empat syarikat penerbangan tersebut ialah Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Air
Arabia dan Emirates Airline.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy berkata, pasaran Asia Barat kekal menjadi penyumbang
utama apabila mencatatkan sejumlah 309,224 ketibaan pelancong antarabangsa ke
Malaysia pada tahun 2019 dengan perbelanjaan pelancongan sebanyak RM10.214
bilion.

Pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan
per kapita selain mencatatkan purata tempoh penginapan yang lebih panjang di negara
ini berbanding pelancong dari pasaran lain.

“Pada kebiasaannya, kita menerima ramai pelancong dari Asia Barat khususnya ketika
musim panas. Bagaimanapun, pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia telah
merencatkan pelancongan antarabangsa pada tahun 2020.

“Namun begitu, pada masa ini kita sedang bersedia untuk mengalu-alukan kembali
ketibaan pelancong antarabangsa khususnya dari Asia Barat ke Malaysia dalam
suasana persekitaran yang lebih selamat,” jelas beliau.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah strategi dan
perancangan untuk mempromosikan Malaysia bagi menarik kemasukan pelancong
antarabangsa dari pasaran lain seperti Eropah, Amerika dan Afrika ke Malaysia dengan
menggunakan jaringan rangkaian syarikat penerbangan masing-masing.

Pada pertemuan itu, wakil-wakil syarikat penerbangan tersebut juga telah menunjukkan
minat tinggi untuk bekerjasama serta melahirkan tanda penghargaan atas komitmen
Malaysia bagi meningkatkan kemudahsampaian para pelancong ke negara ini sebaik
pembukaan semula pintu-pintu sempadan antarabangsa.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha
MOTAC, Encik Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) serta
Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

#ComingBackStronger
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

ShareTweetPin
Previous Post

‘AURA BAHARU, LAWAK TERPADU’; Tema Latari Maharaja Lawak Mega 2021 Beri Gambaran Persembahan Lawak 11 Kumpulan Lebih Berapi-api dan Terunggul!

Next Post

KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

Next Post
KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR  PELANCONGAN NEGARA

KEBENARAN RENTAS NEGERI MAMPU RANCAKKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist