SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

DENLOPEH PAMER HASIL KARYA SENI IBNOO JALIL SEPANJANG PKP

DENLOPEH PAMER HASIL KARYA SENI IBNOO JALIL SEPANJANG PKP

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 18, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 1 min read
A A
0
195
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ibnoo Jalil atau nama sebenarnya Mohamad Zulhilmi bin Abdul Jalil merupakan seorang pelukis yang dilahirkan di Negeri Sembilan.

Beliau merupakan seorang pelukis aliran seni naif atau naïve art dan Allahyarham Pak Yusof Gajah merupakan mentor seni beliau.

Pameran seni yang diberi nama DENLOPEH merupakan pameran solo beliau yang keempat sepanjang karier beliau sebagai seorang pelukis seni naif.

Beliau telah menyertai beberapa pameran secara berkumpulan dan solo, antaranya ialah Rumah Kecil Tiang Seribu (Ibnoo Jalil & Elly Norsuria), TONAWARNA (pameran berkumpulan), dan Rona Merdeka 2.0 (pameran berkumpulan).

Pameran DENLOPEH ini akan mempamerkan hasil karya seni yang telah beliau hasilkan sepanjang tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan di mana karya-karya ini dihasilkan di studio beliau yang bertempat di Negeri Sembilan dan Kuantan, Pahang.

Antara karya seni Ibnoo Jalil yang dipamerkan di pameran DENLOPEH

Beliau berharap agar karya seni beliau dapat mencapai suatu tahap seperti mentor beliau, namun beliau sedar bahawa masih banyak yang perlu beliau terokai dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi menghasilkan jenama dalam aliran seni naif.

Ibnoo Jalil mendapat sokongan kuat untuk terus berkarya daripada Soriata Events dan Art Market Malaysia di mana Art Market Malaysia merupakan sebuah platform yang membantu artis-artis amatur dan kurang upaya tanpa meletakkan syarat yang ketat.

Selain daripada mengurus pameran solo terkini, terdapat juga karya beliau yang dipamerkan di Galeri Art Market Malaysia yang beroperasi di Shoppes Four Seasons Place, GMBB KL dan Quill City Mall KL.

Pameran solo Ibnoo Jalil kini berlangsung dari 12 Mac sehingga 12 April 2022 dan kartunis terkenal iaitu Zunar akan merasmikan pameran tersebut pada 19 Mac 2022 di GMBB KL.

Justeru, orang ramai dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada perjalanan seni beliau.

ShareTweetPin
Previous Post

MAIWP LABUAN BANTU 405 ORANG ASNAF, AGIH TABLET BERNILAI RM753,300

Next Post

PROFESOR DATO’ DR. AISHAH BIDIN DILANTIK SEBAGAI WAKIL MALAYSIA YANG BARU KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN

Next Post
PROFESOR DATO’ DR. AISHAH BIDIN DILANTIK SEBAGAI WAKIL MALAYSIA YANG BARU KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN

PROFESOR DATO’ DR. AISHAH BIDIN DILANTIK SEBAGAI WAKIL MALAYSIA YANG BARU KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist