SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

FESTIVAL KOTA KUALA KEDAH

SWA TV by SWA TV
October 21, 2022
in Hiburan, Info@swatv, Senitv.com, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
199
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

21 Oktober 2022 (Jumaat) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama
Muzium Negeri Kedah, Pertubuhan Silat Berkeris Malaysia (PEKERIS) serta beberapa NGO lain menganjurkan program Festival Kota Kuala Kedah yang
bertemakan Genderang 1000 Pendekar, bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah.

Festival Kota Kuala Kedah ini merupakan program berskala besar yang julung kalinya diadakan. Program ini telah dirancang sejak dua tahun lepas dan terpaksa
ditangguhkan kerana penularan COVID-19 yang telah melanda seluruh negara. Namun pada tahun ini, Muzium Kota Kuala Kedah terus mengorak langkah ke
hadapan bagi merealisasikannya. Tema Genderang 1000 Pendekar dipilih sebagai naratif sejarah bagi menggamit semula semangat juang di dalam membina jati diri
anak bangsa. Peristiwa yang berlaku sepanjang 250 tahun lalu di Kota ini menjadi saksi perjuangan pahlawan dan pendekar Kedah di dalam mempertahankan
kedaulatan negara terutama semasa Perang Musuh Bisik pada tahun 1821-1842.

Selain itu, festival ini juga mengimbas kembali sejarah Kota Kuala Kedah yang menyimpan pelbagai sejarah penting Negari Kedah. Kota Kuala Kedah dipercayai
telah dibina pada tahun 1771-1780 dan merupakan satu-satunya kota bersejarah yang dibina oleh orang Melayu di era pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II (Sultan Kedah ke-12) yang juga berfungsi sebagai benteng pertahanan laut pada ketika itu.

YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha, MOTAC dalam ucapan perasmiannya berkata, “Program seperti ini amat bertepatan dengan visi
kementerian sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab mempertahankan Seni Budaya dan Warisan Negara. MOTAC juga berusaha menaiktaraf kota seperti ini sebagai produk pelancongan negara bertaraf antarabangsa”.

Usaha Jabatan Muzium Malaysia ini dilihat akan memantapkan lagi sektor kebudayaan dari segi pembangunan, tadbir urus budaya, modal insan, pengkaryaan
dan usaha menjana ekonomi negara serta memberi impak kepada program galakan pelancong yang telah dan sedang digerakkan oleh pihak MOTAC.

Festival Muzium Kota Kuala Kedah ini merupakan program berteraskan aktiviti kemasyarakatan yang mengangkat konsep muzium dan masyarakat. Program yang
berlangsung selama tiga (3) hari ini turut melibatkan penyertaan daripada pengusaha industri kecil sederhana untuk memasarkan produk mereka. Pelbagai
aktiviti menarik dirangka bagi memeriahkan program ini seperti demonstrasi, persembahan kebudayaan, fun ride, pameran, pelbagai bentuk pertandingan seperti
memancing, memanah, memasak, gubahan bunga, kesenian dan kecantikan ayam serama, ikan laga, tari silat, peragaan busana tradisional dan lain-lain lagi.
Pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seni, budaya dan warisan tradisi termasuk perkampungan silat, silat berkeris, bual bicara budaya dan sejarah, Mawlid Agung, Haul Pahlawan, serta pentomen sejarah.

Festival ini menjanjikan satu kelainan dan kepuasan kepada semua pengunjung.Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini yang telah bermula pada 20 sehingga 22 Oktober 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

“Muzium Kita Tamadun Kita”.

ShareTweetPin
Previous Post

SEMARAKKAN KEMPEN ‘INI BATIK MALAYSIA’ DI PARLIMEN

Next Post

KENYATAAN MEDIA DARIPADA YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI

Next Post

KENYATAAN MEDIA DARIPADA YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist