Bagi wartawan hiburan, artis dan PR yang sentiasa berkumpul di port Setiawangsa, pasti memahami akan kehilangan seorang adik ini. Manis banyak terbina saat itu, saat kebanyakan kami baru membina tapak namun semuanya itu bersatu. Salah satunya asbab adik ini.
Adik ketika itu dijaga oleh Sari (al fatihah) selaku Pembantu Peribadi yang rapat dengan teman media. Sebahagian kami juga jadi rapat dengan keluarganya.
Hari ini, kami kehilangan adik. Suami kehilangan isteri. Anak-anak kehilangan ibu. Ayah kehilangan anak. Adik-adik kehilangan kakak. Teman-teman kehilangan sahabat. Malaysia kehilangan Siti Sarah binti Raisuddin.
Pengakhiran yang baik untuk mu adik. Ramai yang cemburu dengan pemergian mu. Allah lebih menyayangi untuk dibawa ke syurga.
Coretan daipada Abie Abdullah (di Fbnya)
https://www.facebook.com/abie.abdullah.