

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) ialah sebuah acara tahunan di Malaysia yang mempromosikan kepelbagaian sambal sebagai produk pelancongan makanan, menampilkan pelbagai jenis sambal tempatan dan antarabangsa, termasuk pengenalan sambal warisan yang diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara, yang sering dianjurkan bersama acara kebudayaan seperti Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka. Acara ini melibatkan usahawan sambal, agensi kerajaan seperti MOTAC, dan menawarkan platform untuk mempamerkan sambal unik dan mengedukasi pengunjung tentang warisan sambal Malaysia.
- Galeri Sambal Warisan: Memperkenalkan sambal-sambal yang diiktiraf sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).
- Kepelbagaian Produk: Mempamerkan lebih 100 jenis sambal dari Malaysia dan negara Asia lain seperti Indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan, dan Thailand.
- Promosi Pelancongan Makanan: Bertujuan untuk mengangkat sambal sebagai produk pelancongan penting negara.
- Kerjasama: Dianjurkan oleh agensi seperti Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
- Lokasi: Sering diadakan di lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka sempena acara-acara besar.


Namun 2026 berempena Tahun Melawat Malaysia 2026 TOSFE memainkan perananya untuk menarik lagi Pelancong untuk datang ke Malaysia bukan hanya melihat keindahan Tari ,Muzik serta lokasi yang menarik namun keunikkan penduduk yang berbilang bangsa bersama di dalam satu acara .Perpaduan ini harus di ketengahkan melalui pelbagi platfome termasuk acara . Apabila kita kaitkan dengan pelancongan mesti terbenak difikiran kita hanya fokus pada tempat-tempat yang menarik namun kadang-kadang kita lupa Perpaduan yang ada di Malaysia juga harus ditonjolkan kepada Pelancong yang hadir ke Malaysia supaya dunia melihat keunikkan yang ada di Malaysia .Ia amat sesuai dengan Kerajaan Perpaduan sekarang.


- Penganjur Utama: Idea dan Konsep dari Encik Azmi Bin Jaffri Ia memberi kepercayaan PSWAD menganjurkannya Persatuan Seni Warisan Artistik Digital Malaysia (PSWAD)buat pertama kalinya menganjurkan program ini 2023 dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
- Lokasi dan Masa: Pesta julung julung kalinnya di anjukan di KL GETWAY dan kemudian untuk kali kedua di Perak di Bulatan Azlan Shah bersempena Ampang Merdeka 2023 kerjsama dengan kerjaan Negeri Perak, Tourism Perak dan JKKN Perak kemudian ia bersama JKKN Wilayah Persekutuan diadakan di lokasi utama di Kuala Lumpur, seperti Dataran Merdeka, dan sering bersempena dengan acara lain seperti Festival Permainan Malaysia pada September 2024 bersempena Hari Malaysia


- Objektif: Selain pameran dan jualan, objektif pesta ini termasuk memperkenalkan sambal yanga telah diiktiraf sebagai makanan warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.Dari maklumat Jabatan Warisan Negara terdapat 9 jenis sambal yang diiktraf
- Aktiviti: Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti, termasuk demonstrasi masakan oleh chef selebriti, pertandingan makan sambal, dan persembahan kebudayaan
- Kelainan penganjuran kali ini ( yang di Dataran Merdeka) TOSFE telah mengujudkan Galeri Sambal yang mana 9 sambal yang telah diiktraf oleh Jabatan Warisan Negara itu kami komesalkan dengan mengujudkan sambal silikon ( dalam bentuk saiz sebenar) untuk memebri info kepada pengunjung yang datang ke booth TOSFE . Antara yang menjadi tarikan adalah SAMBAL BIJI GETAH yang ramai teruja dengan SAMBAL BIJI GETAH yang sukar didapati buat masa sekarang ini.


- Sambal Warisan
Sembilan jenis sambal telah diiktiraf sebagai makanan warisan kebangsaan semasa edisi pesta ini, termasuk:
- Sambal Tumis Ikan Bilis
- Sambal Tempoyak Daun Kayu
- Sambal Rong
- Sambal Biji Getah
- Sambal Hitam Ikan Bilis
- Sambal Goreng ( sambal Jawa)
- Sambal Tahun ( dari kulit lembu)
- Sambal Belacan
- Sambal Gesek Ikan Bilis

SENARAI TAHUN YANG TELAH DI IKTRAF OLEH JABATAN WARISAN 
KELAINAN GALERI SMABAL DENGAN MENGUJUDKAN SILIKON SAMBAL - Namun banyak lagi sambal yang belum diiktraf.Namun insallah ia akan diiktraf di masa akan datang. Saya terpanggil untuk ketengahkan produk ini bukan sekadar tarikan pelanconag tapi memberi info kepada anak muda tentang makanan pelengakap warisan setiap bangsa. Bagi Azmi Bin Jafrri setiap bangsa yang ada di Malaysia ada mempunyai sambal mereka sendiri walapun kadang- kadang cara pembikinan dan bahannya serupa sudah pasti ia ada kelainannya tersendiri kita kena kaji dan lihat apa kelainannya.
- Pesta Citarasa Sambal
- (TOSFE) KINI KEARAH PERPADUAN MELALUI MAKANAN


Sebagi pencetus idea dan konsep kali ini saya membawa konsep dari sudut yang berbeza.Dari sudut perpaduan terutama saya akan menonjolkan image setiap suku kaum Di Malaysia asal usulnya dan keuniknya serta persamaanya . Seperti Sambal Bunga Kantan , merupakan sambal orang Asli, sebab Bunga Kantan banyak tumbuh di hutan namun ia telah dijadikan SAMBAL BUNGA KANTAN sebagai produck komesal di pasalan jualan nama dan asal usul dari komuniti orang asli itu sudah tidak di ketengahkan lagi atau di tonjolkan.Namun kali ini saya tonjolkan di dalam satu festival yang berbilang bangsa .Keharmonian itu harus di tonjolkan dalam satu Pesta atau Festival


Perjalanan {esta citra rasa sambal kini bertukar kepada Pesta Cita Rasa Sambal Perpaduan yang merangkumi juga seni Budaya dan cara hidup yang berbeza.Setiap kementerian mempunyai dasar yang berbeza mereka kena lunaskan tanggungjawap masing -masing mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian masing-masiing lebih lebih lagi di MALAYSIA MADANI.Pihak Ngo atau syrikat kena membantu kerjaan bagi menjayakan dasar mereka supaya setiap kementerian mencapai kpi masing masing.Namun diharapkan pihak Kementerian juga dapat menyokong usaha kami mungkin dengan suntikan dana dan sebagainya supaya program yang di rancang dapat di jalankan dengan cemerlang.


2026 ada satu lagi produk keluaran TOSFE iaitu penerbiatan buku resepi yang berjudul SAMBAL ( TASTE OF MALAYSIA) kini masih dalam kajian dan penyusuanan bahan dan pengisian ilmiah .Buku SAMBAL bukan sekadar resepi sambal setiap kaum di Malaysia ( yang terpilih) mengikut kehendak semasa.Ia juga sebuah Buku yang boleh dijadikan rujukan bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sambal yang di ketengahkan.Mugkin anda semua ingin tahu Sambal dari komuniti chetty , Baba Nonya, dari Bugis dan sebagainya insallah didalam buku SAMBAL ada .Dengan membawa jernama TASTE OF MALAYSIA / CITRARASA MALAYSIA dua BAHASA ( MALAYSIA & ENGLISH) ia akan meliputi semua bahagian bukan sahaja dari sudut makanan termasuk cara hidup dan sebagainya.


Kesulitan mencari bahan dan info merupkan satu cabaran buat penerbit selaku penerbit namun saya berkerjasama dengan penulis yang berpengelaman yang pernah menjadi editor di sebuah syarikat akhbar terkemuka di Malaysia semuga ia akan menjadikan buku ini lebih berquliti. dan bermenafaat kepada semua, Sebagai penerbit dan penganjur kita harus berkerjasama dengan semua gensi yang berkait dengan conten TOSFE termasuk Kem Pertanianan Malaysia serta kem Usahawan sebab ia kan melibatkan produk sambal .Namun persembahan Warisan dan Seni Budaya Tetap saya ketengahkan juga. Kami masih lagi mencari sesiapa yang ingin bekerjasama dengan penerbitan serta penganjuran TOSFE 2026.Bagi yang berminat sila emilkan kepada swatv.com@gamil.com .
Terima Ksih juga kepada rakan kerjasama dan juga Penaja penaja kami termasuk agensi kerjaan yang selama ini menyokong program TOSFE
Nantikan PESTA CITARAS SAMBAL PERPADUAN 2026 ( bersempena HARI MALAYSIA 2026)




# TOSFE
#pesta citarasa sambal
#swatv media



