SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

RUU FINAS (PINDAAN) 2025 DILULUSKAN DI DEWAN RAKYAT, PERKUKUH TADBIR URUS DAN LINDUNGI PEKERJA KREATIF

RUU FINAS (PINDAAN) 2025 DILULUSKAN DI DEWAN RAKYAT, PERKUKUH TADBIR URUS DAN LINDUNGI PEKERJA KREATIF

SWA TV by SWA TV
December 5, 2025
in Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR-Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat, menandakan fasa baharu dalam usaha Kerajaan memperkukuh tadbir urus, fungsi kawal selia, dan kesejahteraan pekerja industri perfileman negara. RUU yang dibentangkan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi hari ini, sebagai langkah penting memperkukuh FINAS agar kekal relevan dan efektif dalam memacu pembangunan industri perfileman negara.

Pindaan ini menyelaraskan Akta FINAS 1981 dengan keperluan industri semasa serta perkembangan teknologi baharu, termasuk platform digital, OTT dan perkembangan produksi kandungan kreatif tempatan. Pindaan ini juga memastikan dasar dan peraturan subsidiari di bawah FINAS kekal relevan,responsif serta menyokong

Pembangunan industri bagi jangka masa panjang.

Menteri Komunikasi menjelaskan bahawa walaupun platform video-on-demand (VOD) seperti Netflix, Viu, Disney+ Hotstar, Amazon Prime dan platform tempatan seperti Astro Go, Tonton dan Sooka merupakan sebahagian daripada ekosistem kandungan hari ini, penyedia perkhidmatan OTT masih dikecualikan daripada keperluan pelesenan. Namun, bagi platform digital, hanya aktiviti pengeluaran (production) dan pengedaran (distribution) filem tertakluk di bawah kawal selia FINAS, manakala aktiviti pemameran (exhibition) hanya boleh dikuatkuasakan sekiranya wujud pelesenan VOD di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Pindaan ini turut memperkukuh pemahaman bahawa Akta 244 sudah meliputi semua bentuk aktiviti pengeluaran dan pengedaran komersial, termasuk filem, drama, dokumentari, animasi dan iklan yang ditayangkan di TV, satelit, pawagam, OTT dan media sosial. Kerajaan menegaskan bahawa pindaan ini bukan untuk menyekat kreativiti, sebaliknya memastikan ekosistem produksi yang lebih selamat, teratur dan profesional

Melalui pindaan ini, FINAS akan memperincikan perlindungan dalam peraturan subsidiari, termasuk:
• Kebajikan kru dan pekerja produksi
• Standard contract.
• Jaminan pembayaran & keselamatan kerja
• Perlindungan insurans seperti PERKESO
• Keselamatan produksi dan set penggambaran

FINAS menyambut baik kelulusan pindaan ini kerana ia memastikan FINAS dapat terus berfungsi sebagai peneraju industri yang lebih moden, telus dan berintegriti, selaras dengan kemajuan teknologi serta keperluan industri perfileman Malaysia masa kini.

INFO DARI  FINAS

ShareTweetPin
Previous Post

Konsert Makan Malam Amal Legends Tampilkan ‘Master Guitarist Showcase’

Next Post

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) KINI KEARAH PERPADUAN MELALUI MAKANAN

Next Post
MALAM AGUNGNYA CINTA JANJI KELAINAN

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) KINI KEARAH PERPADUAN MELALUI MAKANAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist