SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

NAURAH CARE MALAYSIA TERBIT BUKU IQRA’ BACALAH PREMIUM, KUMPULAN NASYID RABBANI DIPILIH SEBAGAI IKON

NAURAH CARE MALAYSIA TERBIT BUKU IQRA’ BACALAH PREMIUM, KUMPULAN NASYID RABBANI DIPILIH SEBAGAI IKON

Asraf Zin by Asraf Zin
April 12, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
203
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Naurah Care Malaysia, sebuah badan NGO tempatan telah menerbitkan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium dengan tema “1 Rumah 1 Buku Iqra’ Bacalah” bagi kegunaan masyarakat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Presiden Naurah Care Malaysia, Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, penerbitan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium ini juga bertujuan untuk menggerakkan Kempen Sifar Buta Huruf Al-Quran Al Karim dalam masyarakat Islam selain menggantikan Buku Iqra’ keluaran Indonesia yang dijadikan sebagai Buku Pembelajaran Al-Quran di seluruh Malaysia.

Terdapat 3 variasi warna Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium terbitan Naurah Care Malaysia

Dalam masa sama, Kumpulan Nasyid Rabbani telah dipilih sebagai ikon Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium bagi mempromosikannya dengan lebih meluas pada Ramadan ini.

Antara kelebihan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium ini adalah merupakan Buku Terbitan Malaysia; Terbitan sebuah NGO Tempatan; Mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN); Mempunyai tiga (3) corak kulit yang berlainan; Ekslusif dengan kulit yang tebal dan Spot UV serta tampil dengan Warna-Warni yang akan menarik minat pembaca.

Menurutnya, Naurah Care Malaysia telah berjaya melancarkan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium tersebut seminggu sebelum bulan Ramadan yang dirasmikan oleh Ahli Lembaga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shaikh Zakaria.

Pada majlis sama, turut diadakan adalah majlis penyerahan kepada 18 orang anak yatim dariapada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kuang, Selangor, sebagai simbolik Misi Set Bakul Ramadan 2022 Naurah Care Malaysia.

Sepanjang Ramadan ini, sebanyak dua (2) misi telah digerakkan oleh Naurah Care Malaysia iaitu Misi Infaq / Wakaf Buku Iqra’ Bacalah Biasa / Edisi Premium dan Set Bakul Ramadan yang akan diagihkan kepada pelbagai kategori Asnaf pada akhir Ramadan nanti.

Terdapat 7 set Bakul Ramadan untuk diagihkan kepada Asnaf dalam Misi Kempen Bakul Ramadan Naurah Care Malaysia

“Terdapat tujuh (7) set bakul Ramadan yang berharga RM60 untuk setiap set.

“Buku Iqra’ Bacalah ini juga antara produk yang diisi dalam set bakul Ramadan sempena Kempen Set Bakul Ramadan 2022 Naurah Care Malaysia,” kata Sheikh Ahmad lagi.

Menurutnya lagi, pada 22 hingga 24 April ini juga Naurah Care Malaysia akan ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk menggerakkan Misi Kempen Set Bakul Ramadan 2022 bersama 500 Asnaf di sana dengan Kerjasama daripada Pengerusi Labuan Corporation.

Presiden Naurah Care Malaysia, Sheikh Ahmad Fakhruddin (Kanan) ketika ditemu bual oleh Encik Azmi Jaffri pada majlis pelancaran di sini

Mengulas lanjut, Naurah Care Malaysia dalam perancangan yang seterusnya akan membangunkan Aplikasi Iqra’ Bacalah yang membolehkan masyarakat mempelajari Al-Quran hanya dengan menggunakan aplikasi tersebut.

“Naurah Care memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak bagi menyalurkan dana program pembangunan Aplikasi ini kerana ianya melibatkan kos yang besar.

“Pihak Naurah Care Malaysia turut mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat korporat, agensi kerajaan atau individu perseorangan dalam menjayakan aplikasi ini,” katanya.

ShareTweetPin
Previous Post

OP BENTENG: TLDM BERKAS DUA PATI CUBA MASUK NEGARA

Next Post

ZAHID HAMIDI BELA DIRI TERHADAP 47 PERTUDUHAN

Next Post

ZAHID HAMIDI BELA DIRI TERHADAP 47 PERTUDUHAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist