SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PPIM BERSAMA RAKAN SINERGI ANJUR PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID KARIAH PANTAI NEGERI SEMBILAN

PPIM BERSAMA RAKAN SINERGI ANJUR PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID KARIAH PANTAI NEGERI SEMBILAN

Asraf Zin by Asraf Zin
June 7, 2022
in Info@swatv, SWA TVI
Reading Time: 1 min read
A A
1
265
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama SP Sari Panglima, Yayasan Malindo Worldwide serta Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Pantai, Negeri Sembilan mengadakan Program Pengimarahan Masjid Kariah Pantai bagi menghidupkan kembali semangat kembali ke masjid.

Menerusi program itu, antara yang turut menjadi pengisian program adalah Rawatan Perubatan Percuma seperti Rawatan Luka Kronik, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Khat, Meja Jualan (Jualan Souq) serta Agihan Kotak Manfaat Infaq Rezeki.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma yang diadakan ketika program berlangsung

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, program mengimarahkan masjid dan surau seperti ini perlu diadakan di seluruh negara.

“Program seperti ini mampu mengembalikan kemeriahan dan merapatkan lagi masyarakat dengan AJK masjid serta surau di tempat masing-masing,” katanya.

Pertandingan Khat yang dimeriahkan lagi dengan penyertaan Anak-anak yatim & pelajar tahfiz

Dalam pada itu, Nadzim ketika hadir pada program tersebut turut berkata ramai di antara rakyat yang kurang berkemampuan semakin tertekan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sepanjang PKP, ramai di antara rakyat semakin tertekan, malah ada yang terpaksa mencatu makan, atau memilih samada berbelanja untuk barangan asas makanan atau mendapatkan rawatan perubatan,” katanya.

Oleh itu, PPIM turut berharap agar lebih banyak program seperti ini dianjurkan di seluruh negara serta berharap pihak AJK masjid dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PPIM dalam mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan.

Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) ketika meninjau di salah satu meja jualan

“Ada yang mengadu mereka tercicir dari senarai bantuan, ada yang mengadu mereka masih memerlukan bantuan, ada yang mengadu anak-anak mereka tidak dapat tumpukan pada pelajaran kerana masalah kewangan dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Nadzim turut meminta agar pihak Kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada warga luar bandar dalam merealisasikan semangat “Keluarga Malaysia” yang menjadi laungan Kerajaan kini.

Anak Yatim & Pelajar Tahfiz serta beberapa pengunjung dari kampung Pantai, Negeri Sembilan yang turut hadir memeriahkan program

Turut hadir adalah Datuk Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis PPIM; Prof. Dato Sri Dr. Reex, Pengasas Yayasan Malindo Worldwide; Dr Mohd Noor Mahat, Pengasas Dr Noor Tresor & Presiden Yayasan Malindo Worldwide serta YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan & Ahli Parlimen Jelebu.

ShareTweetPin
Previous Post

KES HFMD CECAH 82 RIBU SETAKAT MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-22

Next Post

MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

Next Post

MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

Comments 1

  1. Pingback: PPIM BERSAMA RAKAN SINERGI ANJUR PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID KARIAH PANTAI NEGERI SEMBILAN – Yayasan Malindo Worldwide

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist