SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
June 8, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
1
752
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG: Masjid Ukay Perdana bakal mengadakan sebuah program Temasya Warisan Melayu & Islam yang bakal berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2022 (Jumaat dan Sabtu) bermula jam 9:00 pagi sehingga 10:30 malam.

Menurut pihak Masjid Ukay Perdana dalam sebuah sidang media, program tersebut diadakan buat julung kalinya setelah dua tahun negara berada dalam fasa pandemik.

Program Temasya Warisan Melayu & Islam merupakan sebuah program yang bakal mempamerkan pelbagai kombinasi antara warisan Melayu dan juga Islam termasuk kebudayaan Melayu yang berteraskan syariat Islam.

Sekitar sidang media Temasya Warisan melayu & Islam anjuran Masjid Ukay Perdana

Antara pengisian bagi program tersebut ialah kuliah dhuha serta demo memanah dan sepak takraw berpakaian tradisi Melayu.

Bagi Muslimat, aktiviti seperti pertandingan anyam ketupat, demo masakan, permainan congkak, ceper, batu seremban dan permainan colek lidi turut diadakan.

Terdapat juga beberapa pertandingan dan pameran yang bakal diadakan seperti pertandingan busana serta pertandingan dan pameran keris dan parang.

Pengumpul-pengumpul keris dan parang dialu-alukan untuk menyertai pertandingan keris dan parang yang bakal diadakan ketika temasya ini berlangsung di mana keris dan parang yang dipertandingkan turut bakal dipamer untuk khalayak ramai.

Poster aktiviti bagi Muslimat sepanjang program berlangsung

Persembahan seperti dikir barat, persembahan qasidah dan persembahan deklamasi sajak dan puisi juga bakal diadakan pada malam 11 Jun 2022, Sabtu.

Gerai-gerai jualan makanan dan minuman juga akan dibuka ketika program tersebut berlangsung bagi menarik ramai pengunjung untuk menghadirkan diri ke temasya tersebut.

Selain itu, terdapat juga perkongsian ilmiah daripada pihak Al-Ikhsan Sports dan juga tazkirah Jumaat berkenaan tamadun Melayu Islam oleh YBhg. Profesor Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Tazkirah mengenai seni warisan Melayu daripada perspektif syariah Islam oleh Ustaz Badli Shah Alauddin juga bakal diadakan ketika Temasya Warisan Melayu & Islam berlangsung di Masjid Ukay Perdana.

Pihak Masjid Ukay Perdana turut berkata bahawa perlaksanaan program Temasya Warisan Melayu & Islam tersebut adalah sebahagian daripada dakwah mereka dan usaha mereka bagi mengimarahkan masjid.

Dalam sidang media yang diadakan, pihak Masjid Ukay Perdana berterima kasih kepada semua penaja, rakan media dan blogger yang bekerjasama dalam menjayakan program Temasya Warisan Melayu & Islam serta berharap agar orang ramai dapat menghadiri dan memeriahkan program.

SUMBER POSTER: LAMAN FACEBOOK RASMI MASJID UKAY PERDANA

ShareTweetPin
Previous Post

PPIM BERSAMA RAKAN SINERGI ANJUR PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID KARIAH PANTAI NEGERI SEMBILAN

Next Post

DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

Next Post
DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

Comments 1

  1. ABD. MENIM SHAKIR BIN AMRAN says:
    3 years ago

    Ni komen

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist