SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

Asraf Zin by Asraf Zin
June 8, 2022
in Politik
Reading Time: 1 min read
A A
0
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2022: Draf Rang Undang-undang Melarang Ahli Parlimen Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 telah dimuktamadkan dan disyorkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dibentangkan dalam sidang khas parlimen pada minggu pertama bulan Julai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan khas mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan peruntukan membabitkan Larangan Ahli. Dewan Rakyat daripada Pertukaran Parti Nombor 6 Tahun 2022, semalam (7 Jun).

Menurut Wan Junaidi, yang juga pengerusi jawatankuasa, mesyuarat itu telah memuktamadkan draf rang undang-undang untuk dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sehubungan itu, lima isu asas yang dibangkitkan Kabinet semasa mesyuarat 1 Jun lalu telah dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam mesyuarat semalam.

“Maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet akan datang sebagai Nota Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi memaklumkan mesyuarat akhir berhubung perkara itu akan diadakan tidak lama lagi bagi mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Beliau berkata secara amnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah berjaya melaksanakan terma rujukan seperti dalam usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

“Ini adalah hasil komitmen bersama semua ahli jawatankuasa dan sokongan padu Parlimen Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan rang undang-undang itu dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai, apabila Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bermula 18 Julai ini.

Jika rang undang-undang itu dibentangkan dan diluluskan pada persidangan Julai, ia boleh diwartakan seawal Januari tahun depan.

ShareTweetPin
Previous Post

MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

Next Post

SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

Next Post
SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist