SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

Asraf Zin by Asraf Zin
June 9, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
1
165
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

9 Jun 2022: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berpandangan bahawa Festival Bon Odori adalah hanya satu perayaan kebudayaan.

Titah Baginda menerusi kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, Bon Odori diraikan bagi mengeratkan semangat muhibah di antara rakyat Malaysia dengan komuniti masyarakat Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

Perayaan ini menjadi popular apabila banyak syarikat-syarikat dari Jepun melabur dan membuka cawangan kilang mereka di Negeri Selangor.

Justeru, Bon Odori menjadi platform memperkenalkan budaya hiburan Jepun di samping merapatkan hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara.

Titah Baginda lagi, sambutan Bon Odori di Malaysia adalah lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisional rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun, serta produk makanan tempatan.

“Ia juga dipromosikan sebagai hari untuk menyatukan kembali keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu,” titah baginda menerusi kenyataan.

Baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan ini pada tahun 2016 yang diiringi oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia.

“Menerusi pemerhatian Baginda ketika itu, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka yang hadir ke sambutan tersebut,” Tegas baginda.

Bagaimanapun, Baginda telah menitahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke festival tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan memastikan sambutannya tidak merosakkan akidah umat Islam.

“Apa saja bentuk budaya yang diamalkan oleh setiap masyarakat di dunia ini, sememangnya ada hubungkait dengan agama. Namun seiring peredaran zaman, amalan-amalan budaya ini tidak lagi menonjolkan ciri-ciri keagamaan,” Tegas baginda.

Baginda dalam kenyataan sama turut menegaskan supaya mana-mana pihak khususnya ahli-ahli politik tidak menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti semata-mata.

Baginda turut menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam.

Baginda mencadangkan agar Y.B. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk hadir ke program sambutan Bon Odori pada 16 Julai 2022 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic) supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

Tegas Baginda lagi, Baginda tidak mahu Y.B. Menteri menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasi JAKIM.

Baginda berharap supaya rakyat Selangor yang berbilang bangsa ini akan terus dapat hidup bertoleransi dalam suasana yang muhibbah dan harmoni.

Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menitahkan supaya Festival Bon Odori diteruskan serta tidak menghalang mana-mana individu untuk hadir ke festival tersebut.

ShareTweetPin
Previous Post

DRAF RANG UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN BULAN JULAI

Next Post

1.1 JUTA ORANG PENGUNJUNG DIJANGKA HADIR KE MAHA 2022 – RONALD KIANDEE

Next Post
1.1 JUTA ORANG PENGUNJUNG DIJANGKA HADIR KE MAHA 2022 – RONALD KIANDEE

1.1 JUTA ORANG PENGUNJUNG DIJANGKA HADIR KE MAHA 2022 - RONALD KIANDEE

Comments 1

  1. lee says:
    3 years ago

    The last time YIP KUM FOOK set fire to a Hindu temple in Taman Daya, Hindus kept quiet after he and his group and two policemen came to harass a Buddhist monk at the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong, now the news is getting slower people are listening, and many people are not satisfied with what he did before

    In Buddhist rule, anyone who disturbs and makes sangha broken, that people will fall into hell when they alive as like Devadatta, who tried to kill Buddha but was unsuccessful, YIP KUM FOOK this should care, now karma will be active anytime.

    Everyone has to be careful and live from him because YIP KUM FOOK is a very dirty mind and he is a lawyer but doesn’t know whether he is or not, he is a lawyer because he is in the furniture business, so(how) he can study law, the laws have to study for 6 years.

    Sharing by:
    Wat Thai Mon – Kulim Cai Bo Hin Kulim Temple
    Forward by Sammaditthi Meditation Grove….. Sungai Petani, Kedah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist