SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Usahawan & Shopping

1.1 JUTA ORANG PENGUNJUNG DIJANGKA HADIR KE MAHA 2022 – RONALD KIANDEE

1.1 JUTA ORANG PENGUNJUNG DIJANGKA HADIR KE MAHA 2022 - RONALD KIANDEE

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
June 9, 2022
in Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
169
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah merasmikan Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2022 hari ini (9 Jun 2022) di MAEPS Serdang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, YBhg. Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI, YBrs. Puan Azah Hanim Binti Ahmad, Ketua Pengarah MARDI, YBhg. Dato’ Dr Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani termasuk wakil-wakil kerajaan negeri dan pemain industri.

MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show yang bertemakan “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan” atau “Food Security for the Future” bakal diadakan pada 4 hingga 14 Ogos 2022.

Pemilihan tema “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan” dilakukan adalah selaras dengan tumpuan yang sedang diberikan dalam mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara.

Ketika berucap, Datuk Seri Ronald menyeru agar semua pihak agar komited ketika penganjuran MAHA 2022 berlangsung.

Beliau juga berkata bahawa sebanyak 1.1 juta orang pengunjung dijangka hadir ke acara tersebut dan lebih RM250 juta potensi nilai jualan produk pertanian dan agromakanan termasuk pemadanan perniagaan (business matching) disasarkan.

Kali terakhir MAHA dianjurkan adalah pada tahun 2018 di mana seramai 3.3 juta orang pengunjung telah hadir ke acara tersebut dan sebanyak RM215 juta hasil jualan telah dicatatkan.

Bagaimanapun, MAHA yang merupakan acara dwi-tahunan tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2022 ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Melalui pelaksanaan MAHA 2022, MAFI berhasrat untuk mecapai objektif mereka seperti mempamerkan teknologi dan inovasi terbaharu dalam bidang agromakanan; dan menggalakkan penglibatan generasi muda menceburi bidang perniagaan pertanian.

Kira-kira 1,500 ruang pameran dan jualan akan disediakan pada MAHA kali ini mengikut segmen seperti pameran oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan; pameran oleh syarikat swasta dan badan korporat tempatan dan seminar dan konvensyen agromakanan.

Ketika Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2022 berlangsung, MAFI turut mengumumkan pakej tajaan yang ditawarkan kepada syarikat atau organisasi yang berminat untuk menjadi rakan strategik MAHA selain mengumumkan harga booth untuk pameran di dalam atau di luar dewan.

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

ShareTweetPin
Previous Post

SULTAN SELANGOR TITAH FESTIVAL BON ODORI HANYALAH PERAYAAN KEBUDAYAAN

Next Post

KERAJAAN SETUJU UNTUK LAKSANAKAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI KAWASAN TADAHAN EMPANGAN BUKIT MERAH

Next Post

KERAJAAN SETUJU UNTUK LAKSANAKAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI KAWASAN TADAHAN EMPANGAN BUKIT MERAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist