30 MEI 2025M / 2 ZULHIJAH 1446
1. Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) memandang serius aduan awam berhubung kewujudan
sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa’adah
JAKIM–Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bagi tujuan kutipan
sumbangan secara tidak sah.
2. Susulan itu, JAKIM telah mengambil tindakan segera dengan
membuat laporan polis serta melaporkannya kepada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar siasatan dan
tindakan tegas dapat diambil di bawah peruntukan undang-undang
yang berkaitan.
3. Untuk makluman, JAKIM tidak pernah melantik atau menjalinkan
sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana individu atau pihak
HubSpot.Inc bagi mewakili JAKIM dalam membuat kutipan
sumbangan ke dalam Tabung Musa’adah JAKIM–YWM.
4. Sehubungan dengan itu, semua pihak digesa agar sentiasa
berwaspada terhadap kewujudan sindiket seperti ini. Perlakuan tidak
bertanggungjawab ini sudah pasti mencemarkan nama baik agensi hal
ehwal agama
5. Kerajaan Madani melalui JAKIM sentiasa konsisten dalam
memastikan segala bentuk penganiayaan terhadap rakyat dapat
dibanteras sepenuhnya demi menjamin kehidupan rakyat yang
sejahtera, aman dan harmoni tanpa sebarang bentuk penindasan.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia