TEMERLOH: Bengkel Perancangan, Promosi, Rakan Strategik Dan Perusahaan Sosial 2022 telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 21 hingga 23 Februari 2022 di Kampungstay Desa Murni, Temerloh.
Bengkel ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Pengusaha Pelancongan Daerah Temerloh dengan kerjasama Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Wilayah Timur dengan tujuan mewujudkan hubungan strategik diantara pengusaha pelancongan di daerah Temerloh dengan agensi-agensi berkaitan, membina artikel pelancongan dan Road Map pelancongan Temerloh.
Seramai 30 orang pengusaha dan peniaga produk pelancongan telah dipilih untuk menyertai bengkel tersebut bersama 20 orang daripada stesyen televisyen persendirian dan blogger serta 6 agensi kerajaan terdiri daripada Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLanMalaysia) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Antara pengisian yang dijalankan ketika bengkel tersebut berlangsung adalah Best Practice Tourism Solution, National Tourism Policy 2020 – 2030, Best Practice Product Benchmark, Best Practice Digital Marketing dan banyak lagi.
Pada hari kedua bengkel tersebut, laman sesawang Temerlohunlimited.com berserta kod QR telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan Dan Komoditi Negeri Pahang.
Pada 13 hingga 16 Februari, seramai 20 orang rakan media dan blogger telah membuat liputan media seperti mengumpul gambar serta video dan menemu ramah pengusaha.
Sebanyak 2,222 keping gambar berjaya dan 222 artikel pelancongan yang akan dipilih dan dimasukkan ke dalam laman sesawang Temerlohunlimited.com.
Terdapat 18 tarikan utama di Temerloh yang dimasukkan ke dalam laman sesawang tersebut di samping bertujuan untuk mengumpul pengusaha dan peniaga di daerah Temerloh.