SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

TABUNG HAJI CATAT PENINGKATAN PENDAPATAN SEBANYAK RM3.24 BILION BAGI TAHUN 2021

TABUNG HAJI CATAT PENINGKATAN PENDAPATAN SEBANYAK RM3.24 BILION BAGI TAHUN 2021

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
February 24, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
45
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) catat peningkatan pendapatan sebanyak 2.9 peratus dengan jumlah sebanyak RM3.24 bilion pada tahun 2021 berbanding RM3.15 bilion pada tahun 2020.

Kenyataan itu diumumkan dalam sebuah sidang media Majlis Agihan Keuntungan Tabung Haji 2021 yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg Senator Datuk Idris Ahmad; YBhg Tan Sri Azman Haji Mokhtar, Pengerusi Tabung Haji dan juga YBhg Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

Dari kiri: YBhg Tan Sri Azman Haji Mokhtar, YBhg Senator Datuk Idris Ahmad dan Dato’ Sri Amrin Awaluddin ketika sidang media Majlis Agihan Keuntungan Tabung Haji 2021 berlangsung

Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti sebanyak RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.

Jumlah aset iaitu RM88.73 bilion dan jumlah deposit sebanyak RM83.33 bilion merupakan nilai catatan tertinggi dalam sejarah Tabung Haji selama 59 tahun.

Selain itu, agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada kadar deposit tetap perbankan bagi tempoh 12 bulan dengan peratusan sebanyak 2.36 peratus.

Tan Sri Azman Hj Mokhtar dalam sidang media tersebut memanjatkan kesyukuran atas catatan kadar keuntungan serta tahap aset dan deposit yang baik pada 2021.

“Alhamdulillah, kami bersyukur Tabung Haji telah berjaya mencatat kadar keuntungan dan tahap aset dan deposit yang baik pada tahun 2021 walaupun keadaan ekonomi dan pasaran masih belum pulih,” kata beliau dalam satu sidang media.

Bukan itu sahaja, jumlah kos operasi juga menurun sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2020 hasil daripada langkah pengurusan kewangan yang berhemah.

Dato’ Sri Amrin Awaluddin berkata bahawa Tabung Haji akan menumpukan usaha untuk beroperasi dengan lebih cekap dan dengan perbelanjaan berhemah di samping mengambil langkah untuk memulihkan pelaburan yang terkesan akibat keadaan ekonomi dan pasaran yang mencabar ekoran pandemik Covid-19.

Bagi meningkatkan prestasi dan tadbir urus Tabung Haji, Dato’ Sri Amrin berkata bahawa pelaburan luar negara akan ditingkatkan secara berkala.

“Sebagai contoh, hampir kesemua pelaburan Tabung Haji hari ini adalah di dalam luar negara. Untuk memastikan pulangan yang lebih mampan, Tabung Haji akan mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan meningkatkan pelaburan luar negara secara berkala dengan mengambil kira risiko yang berpatutan,” kata beliau.

ShareTweetPin
Previous Post

BENGKEL PERANCANGAN, PROMOSI, RAKAN STRATEGIK DAN PERUSAHAAN SOSIAL TEMERLOH BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI

Next Post

JPS RAMAL AKAN BERLAKU BANJIR DI BEBERAPA DAERAH NEGERI PANTAI TIMUR

Next Post
JPS RAMAL AKAN BERLAKU BANJIR DI BEBERAPA DAERAH NEGERI PANTAI TIMUR

JPS RAMAL AKAN BERLAKU BANJIR DI BEBERAPA DAERAH NEGERI PANTAI TIMUR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist