25 Februari 2022: Susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 25 Februari 2022 jam 12:00 tengahari, JPS meramalkan akan berlaku banjir di beberapa daerah di negeri Pantai Timur.
Antara yang menjadi tumpuan adalah di Negeri Kelantan bermula 25 Februari 2022 jam 8:00 malam di Lembangan Sungai Kelantan yang melibatkan daerah Kuala Krai dan Tanah Merah serta kawasan-kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.
Selain itu, Negeri Terengganu pula bermula 25 Februari 2022 jam 2:00 petang di Lembangan Sungai Besut yang melibatkan daerah Besut; Lembangan Sungai Kemaman yang melibatkan daerah Kemaman; Lmbangan Sungai Setiu yang melibatkan daerah Setiu; Lembangan Sungai Terengganu yang melibatkan daerah Hulu Terengganu serta kawasan-kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.
JPS menerusi kenyataan meminta penduduk terutamanya di kawasan yang dijanka banjir agar berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa selain meminta penduduk mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir,water.gov.my, Facebook; PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.
Sumber: Jabatan Pengariran dan Saliran Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air