SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

FESTIVAL MALAYSIA-JEPUN 2022 SEMPENA ULANGTAHUN DASAR PANDANG KE TIMUR KALI KE-40 DIADAKAN PADA BULAN MEI

FESTIVAL MALAYSIA-JEPUN 2022 SEMPENA ULANGTAHUN DASAR PANDANG KE TIMUR KALI KE-40 DIADAKAN PADA BULAN MEI

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
February 28, 2022
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
352
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Festival Malaysia-Jepun 2022 sempena Ulangtahun Dasar Pandang Ke Timur (LEP) Kali Ke-40 bakal diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 26 hingga 29 Mei 2022.

Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang empat hari festival ini diadakan ialah booth pameran; jualan makanan, demonstrasi juadah Malaysia dan Jepun, persembahan kebudayaan Malaysia dan Jepun seperti persembahan tarian dan muzik tradisional Malaysia dan Jepun, kelas Bahasa Jepun, kaligrafi Jepun, tulisan khat, promosi pelancongan, kelas lukisan seperti anime dan kartun, serta seminar.

Di samping itu, pertunjukan fesyen memperagakan pakaian traditional Malaysia dan Jepun yang melibatkan ahli Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN-Jepun Abad Ke-21 Malaysia (PAMAJA) dan Persatuan Homestay Malaysia turut bakal diadakan ketika festival berlangsung.

Selaku penganjur utama, PAMAJA bakal mengadakan festival ini bagi mengukuhkan hubungan di antara Malaysia dan Jepun dengan meningkatkan pengetahuan dan menarik minat orang ramai terhadap budaya, bahasa dan perkara yang berkaitan dengan negara Malaysia dan Jepun sempena ulangtahun Dasar Pandang Ke Timur.

Selain itu, festival ini turut bertujuan untuk mempromosikan pelancongan, kesenian dan budaya kepada pelancong dan warga tempatan di kedua buah-buah negara.

Dengan penglibatan Persatuan Homestay Malaysia, festival ini juga merupakan satu peluang keemasan untuk menghubungkan konsep homestay ke seluruh pelosok dunia.

Dari kiri: Dato’ Hj. Sahariman Hj. Hamdan, Katsuhiko Takahashi, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Manoharan Periasamy dan Rudy Irwan Shukaime, Pengarah MATIC bergambar bersama-sama

Sidang Media Festival Malaysia-Jepun 2022 yang diadakan hari ini telah dihadiri oleh Dato’ Hj. Sahariman Hj. Hamdan, Presiden PAMAJA dan Persatuan Homestay Malaysia; Katsuhiko Takahashi, Duta Jepun ke Malaysia, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Manoharan Periasamy, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia/Afrika dan Rudy Irwan Shukaime, Pengarah MATIC.

Ketika berucap sewaktu sidang media berlangsung, Manoharan Periasamy berkata bahawa Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berhasrat untuk meningkatkan program pertukaran pelajar pada akhir tahun ini agar cara hidup dan budaya tempatan dapat difahami dengan lebih mendalam melalui program “homestay”.

Sekitar Sidang Media Festival Malaysia-Jepun 2022 yang diadakan pada hari ini

Seterusnya, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh PAMAJA, Dato’ Hj. Sahariman yang juga merupakan Pengerusi Festival Malaysia-Jepun 2022 menyatakan penghargaan kepada semua organisasi dan agensi yang terlibat bagi memastikan festival yang akan berlangsung berjalan dengan lancar.

Antara pihak yang terlibat bagi menjayakan festival yang bakal diadakan adalah Kedutaan Jepun di Malaysia, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) Malaysia, Biro Pelancongan Jepun (JBT), Japan National Tourism Organization (JNTO), The Japan Foundation (JFKL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tourism Malaysia.

Organisasi lain yang turut terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) serta agensi-agensi media yang lain.

Maklumat berkenaan festival tersebut akan dikongsikan melalui laman media sosial dan juga platform-platform lain yang boleh diakses oleh semua pihak organisasi yang terlibat.

ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC BUKA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN TAHUN 2022 KEPADA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN

Next Post

YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ASWARA TAHUN 2022 DAN KEMUNCAK FESTIVAL WAVE 2021

Next Post

YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ASWARA TAHUN 2022 DAN KEMUNCAK FESTIVAL WAVE 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist