SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ASWARA TAHUN 2022 DAN KEMUNCAK FESTIVAL WAVE 2021

YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ASWARA TAHUN 2022 DAN KEMUNCAK FESTIVAL WAVE 2021

Asraf Zin by Asraf Zin
February 28, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri ketika menyempurnakan majlis pelancaran di sini sekitar jam 3:00 petang tadi

YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri ketika menyempurnakan majlis pelancaran di sini sekitar jam 3:00 petang tadi

106
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Kalendar ASWARA Tahun 2022 dan Kemuncak Festival World Arts Education and Culture Events (WAVE) 2021.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah diadakan secara fizikal dan secara dalam talian dengan mengehadkan kehadiran tetamu jemputan seramai 45 orang sahaja.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ketika menyampaikan ucapannya sebelum menyempurnakan majlis pelancaran

YB Dato’ Sri Hajah Nancy ketika menyampaikan ucapannya berkata, “Pada tahun ini sebanyak 162 program telah dirancang dan disusun secara fizikal mahupun secara dalam talian. Daripada 162 program itu, sebanyak 12 program dan aktiviti yang dilaksanakan bersempena dengan Acara Kemuncak WAVE 2021.

“Pelaksanaan program dan aktiviti ini disesuaikan dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran mengikut arus semasa dan teknologi terkini melalui norma baharu yang disarankan oleh Kerajaan supaya ASWARA tetap inovatif dan kompetitif sebagai sebuah pusat pengajian seni dan budaya terunggul di Malaysia”, kata beliau lagi.

Majlis turut diserikan dnegan persembahan tradisional yang memukau

Malah, ASWARA turut menyediakan aktiviti berbentuk kapsul bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman, pengalaman dan asperiasi dalam seni melalui bengkel, seminar, forum, masterclass, showcase adiguru, dan pameran seni visual selain daripada pementasan pentas dan seni persembahan.

Pada majlis sama, turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institusi Pengajian Dakwah Sabah (IPDAS) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara ASWARA dan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu DiRaja (PP RAMD).

Sesi bergambar setelah pemeteraian MoU antara ASWARA bersama IPDAS berjaya dilaksanakan

MoU antara IPDAS dan ASWARA dimeterai dalam usaha membangunkann Diplomasi Dakwah Kreatif dan Diploma Dakwah Digital yang tertumpu kepada pembangunan modul, perkongsian kepakaran dan intelektual serta Latihan kemahiran secara modular kepada pelajar dan pensyarah IPDAS dalam bidang multimedia dan seni kreatif.

Turut serta pemeteraian MoA antara ASWARA bersama PP RAMD pada majlis sama

Manakala pemeteraian MoA antara RAMD dan ASWARA pula merupakan usaha sama Diploma Seni Muzik kepada anggota lain-lain pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM), kepakaran anggota pancaragam (AP).

Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy, MOTAC melalui ASWARA sentiasa komited dalam melestarikan perkembangan bidang seni, budaya dan warisan.

“Penggalakan ini seiring dengan hasrat Kementerian untuk memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan serta memperkasa, memelihara dan memulihara seni, budaya dan warisan negara selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021”, ujar beliau ketika menyampaikan ucapan.

Antara dif terhormat yang hadir apda majlis pelancaran pada hari ini

Turut hadir ke majlis pelancaran iaitu YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Pengerusi ASWARA; YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruslan Abdul Halim, Rektor ASWARA; Ahli Lembaga Pengarah ASWARA serta pengurusan tertinggi ASWARA.

ShareTweetPin
Previous Post

FESTIVAL MALAYSIA-JEPUN 2022 SEMPENA ULANGTAHUN DASAR PANDANG KE TIMUR KALI KE-40 DIADAKAN PADA BULAN MEI

Next Post

“KETETAPAN MEWAJIBKAN PENGAMBILAN DOS PENGGALAK UNTUK SOLAT JUMAAT DI SELANGOR ADALAH BERDASARKAN PERKENAN SULTAN SELANGOR” – YB ZAWAWI MUGHNI

Next Post
“KETETAPAN MEWAJIBKAN PENGAMBILAN DOS PENGGALAK UNTUK SOLAT JUMAAT DI SELANGOR ADALAH BERDASARKAN PERKENAN SULTAN SELANGOR” – YB ZAWAWI MUGHNI

“KETETAPAN MEWAJIBKAN PENGAMBILAN DOS PENGGALAK UNTUK SOLAT JUMAAT DI SELANGOR ADALAH BERDASARKAN PERKENAN SULTAN SELANGOR” – YB ZAWAWI MUGHNI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist