SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ISTANA LAMA SERI MENANTI TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS

ISTANA LAMA SERI MENANTI TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
December 17, 2021
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 1 min read
A A
0
64
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Istana Lama Seri Menanti merupakan sebuah bangunan bersejarah yang masih berdiri kukuh setelah sekian lama dibina.

Terletak di bandar diraja Seri Menanti, istana yang siap dibina pada tahun 1908 ini dahulunya merupakan sebuah kediaman rasmi kepada keluarga diraja Negeri Sembilan sehingga tahun 1931.

Bangunan bersejarah ini mempunyai pelbagai keunikan yang membuatkan istana lama ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Antara keunikan istana lama ini ialah istana ini dibina tanpa menggunakan satu batang paku besi namun paku yang digunakan diperbuat daripada kayu.

Kehalusan dan keindahan seni ukiran yang terdapat pada istana lama ini tidak dapat dilihat pada sebarang bangunan yang lain kerana pereka bangunan bersejarah ini iaitu Tukang Kahar hanya terlibat dalam pertukangan bangunan penting seperti istana dan masjid sahaja.

Seni ukiran yang terdapat pada Istana Lama Seri Menanti

Istana ini mempunyai 99 tiang kayu keras dan empat daripadanya merupakan tiang seri yang menjulang daripada tapak hingga ke tingkat teratas di tengah-tengah istana.

Selepas keluarga diraja Negeri Sembilan berpindah ke istana baharu yang berhampiran, istana ini ditukar menjadi sekolah agama untuk penduduk tempatan sepanjang tahun 1959 hingga tahun 1964.

Walaupun usia istana lama ini telah menjangkau ratusan tahun, bangunan bersejarah ini masih berdiri kukuh walaupun sudah melalui peredaran masa.

Tanpa mengubah reka bentuk dan struktur, Istana Lama Seri Menanti kini berfungsi sebagai sebuah muzium diraja sejak tahun 1992 dan dikenali sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

Ruang pameran di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
ShareTweetPin
Previous Post

KAD TOUCH ‘n GO DAN SMART TAG DIHENTIKAN SECARA BERPERINGKAT

Next Post

11 KES BAHARU VARIAN OMICRON DIKESAN HARI INI

Next Post
11 KES BAHARU VARIAN OMICRON DIKESAN HARI INI

11 KES BAHARU VARIAN OMICRON DIKESAN HARI INI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist