SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA MAMPU PERKASAKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN ANTARABANGSA

PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA MAMPU PERKASAKAN KEMBALI SEKTOR PELANCONGAN ANTARABANGSA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 9, 2022
in Nasional, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
68
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ pada 1 April 2022 di mana pada tarikh yang sama, sempadan negara akan dibuka.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kerana ia merupakan sebuah berita gembira buat penggiat industri pelancongan.

Pembukaan sempadan negara dapat memberi sinar dan kelegaan kepada mereka dalam menjana semula ekonomi melalui sektor pelancongan antarabangsa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang berlaku dua tahun lalu ekoran penutupan sempadan negara.

Antara perkara yang termasuk dalam pengumuman yang dilakukan semalam adalah rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh keluar masuk negara seperti biasa dan boleh ke mana-mana negara yang membuka pintu sempadan kepada pelancong luar.

Rakyat negara luar juga boleh memasuki Malaysia tanpa perlu memohon MyTravelPass namun mereka dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi Traveller dalam aplikasi tersebut.

Seterusnya, individu yang telah menerima dos vaksinasi lengkap tidak perlu menjalani tempoh kuarantin, namun perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Selain itu, rakyat masih boleh memanfaatkan Vaccinated-Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit yang masih menutup pintu sempadan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Hajah Nancy Shukri berkata bahawa keputusan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong luar berupaya untuk merancakkan semula ekonomi negara pasca Covid-19, terutama yang melibatkan seluruh rantaian pemain industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan dinasihatkan agar melakukan persediaan awal yang sepatutnya dalam menerima kemasukan pelancong dari luar dan pemain-pemain industri turut diseru agar terus giat dan lebih kreatif dalam memasarkan produk dan lokasi pelancongan di Malaysia.

MOTAC akan sentiasa memberi kerjasama dan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh seluruh agensi kerajaan yang terlibat dalam membuka semula sempada negara bermula 1 April nanti.

ShareTweetPin
Previous Post

PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT BERMULA MAC 2022

Next Post

PRN JOHOR: SERAMAI 2,539,606 ORANG AKAN KELUAR MENGUNDI PADA SABTU INI

Next Post

PRN JOHOR: SERAMAI 2,539,606 ORANG AKAN KELUAR MENGUNDI PADA SABTU INI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist