SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DI NEGERI JOHOR TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MOTAC

PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DI NEGERI JOHOR TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MOTAC

Asraf Zin by Asraf Zin
March 7, 2022
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
256
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 7 Mac 2022: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengadakan Program MOTAC bersama Penggiat Industri dan Program Bicara Ilmu, di Holiday Villa, Johor Bahru hari ini.

Antara pengisian program tersebut adalah Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Penggiat Industri Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Johor, Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia dan Bicara Ilmu: Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Menerusi program yang dianjurkan, seramai 40 penerima bantuan kewangan telah dijemput sebagai wakil dalam sesi Penyampaian Sumbangan kepada Penggiat Industri Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Johor.

Mereka yang dijemput sebagai wakil terdiri daripada Pemandu Pelancong, Agensi Pelancongan dan Pengembaraan (TOBTAB), Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H), Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) dan Pengusaha Program Pengalaman Homestay Malaysia.

Penyampaian bantuan kewangan yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy kepada Pemandu Pelancong
Penyampaian bantuan kewangan kepada Spa dan Pusat Urutan Kaki

Sehubungan dengan itu, bayaran sebanyak RM9,000.00 akan diberikan kepada Syarikat TOBTAB dan MM2H, Manakala Spa dan PUK akan menerima sebanyak RM3,000.00. Bagi Pemandu Pelancong akan menerima sebanyak RM1,500.00 dan pengusaha Inap Desa (Homestay) akan menerima sebanyak RM1,000.00.

Turut menerima sumbangan iaitu Syarikat Pengendalian Pelancongan
Bantuan kewangan turut disampaikan kepada Pengusaha Program Pengalaman Homestay Malaysia

Bayaran tersebut akan mula dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.

Dalam masa sama, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut melancarkan Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia anjuran Tourism Malaysia, selaras dengan pelancaran portal jomhomestay.com yang disempurnakan pada 27 November 2021.

Menurut beliau, kempen ini bertujuan untuk memperluaskan promosi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memilih inap desa sebagai destinasi pelancongan serta penginapan alternatif selain hotel.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy (2 dari kiri) ketika melancarkan Kempen Jom Balik Homestay Malaysia di sini, hari ini

Selain itu, ia juga dilihat dapat membantu pengusaha inap desa dalam menghasilkan pakej-pakej menarik serta mengetengahkan produk-produk tempatan melalui media sosial.

Dato’ Sri Hajah Nancy berkata, “Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia ini akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai salah satu inisiatif Tourism Malaysia untuk meningkatkan pendapatan para pengusaha inap desa yang terjejas akibat COVID-19.

Turut menjadi salah satu tentatif terakhir program iaitu Bicara Ilmu yang memfokuskan kepada topik Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Sekitar berlangsungnya sesi Bicara Ilmu: Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 yang dikenadalikan oleh Dr. Hanif Md Lateh, Pensyarah Kanan UniSZA

Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy, majlis Bicara Ilmu ini diadakan adalah supaya kakitangan Kerajaan dan masyarakat hari ini dapat memahami kepentingan hidup dalam suasana penuh muafakat, berintegriti dan harmoni selaras dengan roh penulisan undang-undang itu sendiri.

“Saya berharap agar program bersama penggiat industri ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan bagi memberi ruang dan peluang kepada pemegang taruh MOTAC bekerjasama secara strategik dalam memperkasakan lagi industri ini”, kata beliau.

Sumber Foto: Laman Rasmi Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

ShareTweetPin
Previous Post

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA TEROKA PELUANG PENGKOMERSIALAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Next Post

3.6 JUTA KES KUMULATIF, 27,435 KES BAHARU COVID-19 SETAKAT 6 MAC

Next Post

3.6 JUTA KES KUMULATIF, 27,435 KES BAHARU COVID-19 SETAKAT 6 MAC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist