SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Usahawan & Shopping

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA TEROKA PELUANG PENGKOMERSIALAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA TEROKA PELUANG PENGKOMERSIALAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 4, 2022
in Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
152
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan Melayu) bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan FRIM Inc telah menjalankan sebuah program Technology Pitching semalam.

Program tersebut dijalankan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada penyelidik FRIM bagi mempromosikan penemuan, inovasi dan hasil penyelidikan kepada bakal pelabur dan pemain industri di samping bertukar maklumat mengenai teknologi dan projek research and development (R&D) dalam melonjakkan lagi pengkomersialan R&D tempatan.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail bin Haji Parlan memberikan ucapan beliau ketika program berlangsung

Menurut Presiden Dewan Melayu, Abdul Halim Bin Husin dalam kenyataan media yang dikeluarkan, para penyelidik dan pemegang taruh perlu bijak mengambil peluang yang terhasil daripada sokongan kerajaan bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi di mana sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi tujuan R&D.

Abdul Halim berucap ketika program Technology Pitching yang melibatkan Dewan Melayu, FRIM dan FRIM Inc semalam

Dengan penglibatan Malaysia dalam perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) bersama negara-negara ASEAN dan 5 negara lain iaitu New Zealand, Australia, Korea Selatan, Jepun dan China, produk-produk tempatan kini boleh dipasarkan ke negara-negara yang terlibat dengan RCEP.

Beliau dalam kenyataan media tersebut menegaskan bahawa negara kita akan ketinggalan jika pengkomersialan produk-produk R&D yang berkualiti dan berdaya maju tidak digiatkan dengan lebih optimum.

Beliau turut menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan produk R&D tidak dapat dikomersialkan seperti tidak memenuhi permintaan pasaran dan tiada perbincangan awal dengan pemegang taruh sebelum penyelidikan dijalankan.

Justeru, beliau berkata bahawa satu jalinan kerjasama yang baik di antara penyelidik dan pemegang taruh perlu diwujudkan bagi membentuk satu ekosistem R&D yang baik.

Sekitar program Technology Pitching yang diadakan semalam

Dewan Melayu akan sentiasa menyokong program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berharap agar hubungan kerjasama yang dijalinkan bersama FRIM dapat menarik minat pemegang taruh dan pemain industri untuk membawa hasil kajian penyelidik untuk diketengahkan sekaligus dikomersialkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Dewan Melayu yang diasaskan pada tahun 1938 kini beroperasi di setiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan juga merupakan sebahagian daripada 40 pertubuhan yang membentuk Gabungan NGO Melayu-Islam.

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA

ShareTweetPin
Previous Post

PELAKSANAAN PROJEK INFRASTRUKTUR UNTUK PEMULIHAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA

Next Post

PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DI NEGERI JOHOR TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MOTAC

Next Post

PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DI NEGERI JOHOR TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MOTAC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist