SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PELAKSANAAN PROJEK INFRASTRUKTUR UNTUK PEMULIHAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA

PELAKSANAAN PROJEK INFRASTRUKTUR UNTUK PEMULIHAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 4, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
73
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan projek Mass Rapid Transit (MRT 3) serta menambahbaik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah-Sarawak dan projek tebatan banjir.

Melalui projek yang akan dilaksanakan, kontraktor tempatan terutamanya Bumiputera akan diutamakan bagi menjana peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

Seterusnya, pelaksanaan projek MRT 3 akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu bayar dan lancar bagi semua pengguna.

Bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB), Fasa Pertama pembinaan LPB Sabah sedang giat dijalankan dan melibatkan 15 pakej kerja di mana setakat ini kerja-kerja pembinaan telah mencapai 52 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2024.

Kerajaan turut bersetuju untuk melibatkan 19 pakej kerja tambahan bagi pembinaan jajaran sepanjang 367 kilometer untuk tempoh 5 tahun.

Fasa pertama bagi LPB Sarawak pula yang melibatkan 786 kilometer telah mencapai 78 peratus kemajuan kerja setakat ini dan bagi melengkapkan LPB Sarawak, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).

Selain itu, kerajaan pada masa ini menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM1 bilion setahun di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi projek tebatan banjir.

Jemaah Menteri bersetuju untuk meningkatkan dan menyegerakan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15 bilion untuk tempoh tahun 2023 sehingga 2030 selepas mengambil kira fenomena banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang serius sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Pelaksanaan projek infrastruktur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang merangkumi projek pembinaan rel bersepadu, lebuh raya dan juga projek tebatan banjir akan meningkatkan pembangunan ekonomi serta menyumbang kepada daya saing negara dan kesejahteraan rakyat.

ShareTweetPin
Previous Post

LAWATAN KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE PANGKALAN TLDM LUMUT PERKUKUHKAN JALINAN KERJASAMA PERTAHANAN

Next Post

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA TEROKA PELUANG PENGKOMERSIALAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Next Post

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA TEROKA PELUANG PENGKOMERSIALAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist