KUCHING: Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk pakej inap desa di seluruh negara melalui platform https://jomhomestay.my/.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia adalah uasaha bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan domestik dan menggalakkan pendigitilan perniagaan dalam industri.
Menurutnya, platform jomhomestay.my yang dibangunkan oleh Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA) dengan Kerjasama Tourism Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pakej pelancongan inap desa di seluruh negara di bawah inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) 1.0.
Selain itu, Datuk Seri Nancy juga berharap agar lebih ramai komuniti luar bandar untuk turut serta sebagai pengusaha inap desa.
“Kita mahu memperluaskan penyertaan kepada individu yang berminat untuk bergabung bersama komuniti inap desa yang berdaftar dan mewujudkan kategori bagi inap desa serta kampungstay seperti Annex Kampungstay, Guest Kampungstay, Farm atau Agro Kampungstay dan Inovatif Kampungstay”, ujarnya lagi.
Menurut Datuk Seri Nancy, ini merupakan peluang keemasan kepada pengusaha inap desa bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka dengan menawarkan perkhidmatan lebih baik.
Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Platform Jomhomestay.My di Hotel Pullman, Kuching pada Sabtu.
IKHSAN FOTO: LAMAN RASMI FACEBOOK HAJAH NANCY HAJI SHUKRI