SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

DATO’ NASH DINOBAT PERSEMBAHAN TERBAIK , TIADA PESERTA YANG TERSINGKIR DI MINGGU KEDUA HL

DATO' NASH DINOBAT PERSEMBAHAN TERBAIK , TIADA PESERTA YANG TERSINGKIR DI MINGGU KEDUA HL

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
November 28, 2021
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kejutan kepada semua penonton apabila kesemua lapan peserta yang bertanding dalam program hiburan Islamik , Hijrahkan Laguku diumumkan kekal meneruskan persaingan ke minggu seterusnya pada minggu kedua rancangan itu .

Keputusan ini seakan memahami kehendak penonton yang masih lagi belum puas untuk menyaksikan persembahan daripada kesemua bintang HL yang berdakwah menerusi lirik dan melodi lagu .

Meskipun begitu , Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna , Zulkarnaen Mokhtar berkata , tiada penyingkiran bukan bermakna mereka masih selamat . Rancangan ini membawa konsep di mana hanya seorang penyanyi sahaja yang bakal bergelar juara di hujung rancangan nanti .

“Minggu ini adalah minggu bonus kepada para peserta . Peluang tidak harus disia-siakan . Mereka perlu kembali pada minggu hadapan dengan lebih baik .

“Kami menjangkakan gaya penyampaian dakwah serta strategi menghijrahkan lagu dan melodi yang lebih mantap pada minggu seterusnya dengan tema berlainan yang pastinya lebih mencabar ,” katanya .

Tambahnya lagi , minggu kedua Hijrahkan Laguku tampil sedikit berbeza apabila pihak produksi menampilkan juri tambahan iaitu Hazamin Inteam .

“Minggu pertama Hijrahkan Laguku dilihat sedikit tegang apabila media sosial kami dipenuhi dengan lambakan komen-komen netizen mahukan juri tambahan yang berpengalaman luas dalam penggubahan lirik lagu ketuhanan selain Fauzi Marzuki .

“Kami yakini kredibiliti Fauzi Marzuki sebagai juri tetap , namun kami turut mengambil kira pandangan penonton yang mahukan penambahbaikan .

“Minggu kedua dan seterusnya, kita tambah lagi seorang juri jemputan yang berpengalaman dalam rencah lirik lagu dakwah dan ketuhanan ,” jelasnya .

Membawa tema Growing Up , persembahan minggu kedua yang berlangsung malam tadi telah meninggalkan kesan yang mendalam apabila separuh daripada para peserta memilih untuk membuka persembahan mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran , berserta potongan doa .

Zaf VE telah menjadi peserta pertama yang memulakan acara dengan persembahan lagu Can’t Live My Life Without You , Zack Kool (Bisikan Kalbu), Iwan Syahman (Solatlah Dulu) , Mark Adam (Rapuh) , Datuk Nash (Asli) , Adam (Ampuni Aku) , Rahmad Mega (Jangan Lupa Diri) dan Shahir (Kepadamu Kekasih) .

Meskipun begitu , dengan kekuatan persembahannya yang memukau dan menambat hati para juri , menjadikan Dato’ Nash terpilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik yang ditampilkan pada minggu ini sekali gus mengungguli tempat pertama dengan markah 77 peratus (%) . Diikuti dengan Shahir Zawawi di tempat kedua tertinggi (72%) dan Iwan Shahman di ketiga tertinggi (66%) .

Kemenangan ini telah melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3000 , namun beliau memilih untuk menyumbangkan wang kemenangan tersebut kepada salah sebuah badan NGO yang akan dikunjunginya bersama pasukan CSR Hijrah Prihatin Hijrahkan Laguku iaitu Pusat Genius Kurnia .
Kesemua peserta yang bertanding di dalam acara ini diadili oleh tiga juri yang terdiri daripada komposer terkenal, Fauzi Marzuki sebagai juri tetap , manakala Hazamin Inteam dan Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff pula sebagai juri jemputan bagi minggu tersebut .

Hijrahkan Laguku akan bersiaran pada setiap hari Sabtu , jam 9 malam , bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah , dengan penampilan Faizal Ismail dan Bell Ngasri selaku hos program itu .

ShareTweetPin
Previous Post

RAKYAT MALAYSIA BERPELUANG NIKMATI DISKAUN 50% MELALUI JOMHOMESTAY.MY

Next Post

MASJID DAN SURAU DI SELANGOR DIIMARAHKAN KEMBALI SETELAH PASCA COVID-19

Next Post
MASJID DAN SURAU DI SELANGOR DIIMARAHKAN KEMBALI SETELAH PASCA COVID-19

MASJID DAN SURAU DI SELANGOR DIIMARAHKAN KEMBALI SETELAH PASCA COVID-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist