SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Usahawan & Shopping

ANUGERAH E50 PACU PEMERKASAAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

ANUGERAH E50 PACU PEMERKASAAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 1, 2022
in Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
178
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: SME Corp. Malaysia melaksanakan sebuah majlis Prapelancaran Anugerah Enterprise 50 (E50) 2022 dan Pengiktirafan Alumni E50, dan dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan diiringi oleh Pengerusi SME Corp. Malaysia, Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee.

Turut hadir ke majlis Prapelancaran Anugerah E50 2022 dan Pengiktirafan Alumni E50 ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (Pembangunan Keusahawanan), YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, En. Rizal Nainy, Ketua-ketua Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Ahli Perbadanan SME Corp. Malaysia.

Tan Sri Noh (tengah) bersama tetamu-tetamu kehormat yang hadir ke majlis pelancaran dan pengiktirafan tersebut

Anugerah E50 yang pertama kalinya dilancarkan pada tahun 1997 telah menjadi penanda aras kepada pencapaian kejayaan perniagaan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang diiktiraf dan dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti kebolehan, kecemerlangan dan ketelusan.

Tan Sri Noh, dalam ucapan beliau ketika majlis pelancaran tersebut berlangsung menegaskan bahawa anugerah ini merupakan sebuah platform yang berjaya mempamerkan kecemerlangan PKS Malaysia sekaligus menjadi lambang keusahawanan yang berdaya saing tinggi.

Tan Sri Noh berucap dalam majlis Prapelancaran Anugerah E50 dan Pengiktirafan Alumni E50

Beliau turut memuji usahawan PKS atas sumbangan mereka dalam membina sebuah negara yang mampan dan strategik yang membawa kepada inovasi dan pendigitalan, kelestarian dan pertumbuhan inklusif yang dijangka akan mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang kondusif.

Tan Sri Noh juga berkata bahawa kerajaan akan terus responsif dan komited dalam menyalurkan penekanan khusus kepada keperluan PKS dengan menawarkan pelbagai pakej rangsangan bagi membantu meringankan beban ketika pandemik.

“Sejak Mac 2020, sebanyak RM196 bilion telah diperuntukkan sebagai pakej bantuan PKS mengharungi kesan pandemic Covid-19. Langkah itu, telah dan sedang dilaksanakan melalui sepuluh pakej ekonomi komprehensif termasuk Belanjawan 2021 dan Belanjawan 2022,” kata beliau ketika berucap.

Ketika majlis pelancaran tersebut berlangsung, sebanyak sepuluh PKS dari alumni E50 turut menerima penghargaan dalam pelbagai kategori setelah melalui proses pernilaian yang terperinci iaitu “Business Health Check” oleh Delloite Malaysia.

Kategori yang terlibat ialah Syarikat Berpotensi Tinggi Terbaik, Syarikat Berdigital Terbaik, Syarikat Berdaya Saing Terbaik, Usahawan Muda Terbaik, Usahawan Wanita Terbaik, Syarikat Berpotensi Tinggi Dalam Industri Halal, Syarikat Berinovatif dan Kreatif Terbaik, Syarikat Penjenamaan Terbaik, Syarikat Terbaik Perniagaan Lestari dan Syarikat Pemasaran Terbaik.

Bagi penerima-penerima penghargaan, mereka ialah Ideal Healthcare Sdn. Bhd., Hexa Food Sdn. Bhd., Alypz Sdn. Bhd., Sonicon Construction Sdn. Bhd., Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Dewina Food Industries Sdn. Bhd., Sydney Cake House Sdn. Bhd., IForte Intelligence Sdn. Bhd., Respack Manufacturing Sdn. Bhd. dan Benithem Sdn. Bhd.

Antara syarikat yang menerima penghargaan ketika Pengiktirafan Alumni E50 berlangsung

Menurut En. Rizal Nainy, Anugerah E50 bukan hanya mengiktiraf PKS terbaik, namun anugerah ini turut menyediakan platform untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan PKS untuk berdaya saing seterusnya melonjakkan status pencapaian perniagaan mereka.

Beliau juga menambah bahawa tempoh pencalonan Anugerah E50 untuk PKS berlangsung pada 1 Mac 2022 sehingga 30 Jun 2022 dan Majlis Makan Malam Gala Anugerah E50 2022 akan diadakan pada November 2022 di mana 50 pemenang akan diumumkan.

Maklumat berkenaan Anugerah E50 boleh didapatkan melalui laman sesawang rasmi Enterprise 50 di www.e50.com.my.

ShareTweetPin
Previous Post

“KETETAPAN MEWAJIBKAN PENGAMBILAN DOS PENGGALAK UNTUK SOLAT JUMAAT DI SELANGOR ADALAH BERDASARKAN PERKENAN SULTAN SELANGOR” – YB ZAWAWI MUGHNI

Next Post

KONSERT SAPE “RENTAK KAMEK URANG” BERJAYA CATAT REKOD MBOR

Next Post
KONSERT SAPE “RENTAK KAMEK URANG” BERJAYA CATAT REKOD MBOR

KONSERT SAPE “RENTAK KAMEK URANG” BERJAYA CATAT REKOD MBOR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist