21 DISEMBER 2021: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di beberapa buah negeri berkuatkuasa sehingga hari ini.
Antara negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian & Larut, Matang dan Selama)
Amaran tersebut dikeluarkan susulan Lekukan Tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara semenanjung. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.