SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KPDNHEP MELALUI SSM PERKENAL INISIATIF BAHARU, AKAN MELAKSANAKAN PENGURANGAN KOMPAUN SEBANYAK 90% BERMULA 1 MAC 2022

KPDNHEP MELALUI SSM PERKENAL INISIATIF BAHARU, AKAN MELAKSANAKAN PENGURANGAN KOMPAUN SEBANYAK 90% BERMULA 1 MAC 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
February 27, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
76
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2022: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 yang telah dimansuhkan bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Pelaksanaan tersebut merupakan satu (1) inisiatif baharu KPDNHEP melalui SSM selain turut akan meneruskan lima (5) inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun 2021 dengan beberapa penambahbaikan.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata, “Inisiaitif baharu ini diharap dapat membantu komuniti peniaga untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada ketika ini akibat penularan wabak COVID-19.

Selain itu, SSM juga turut meneruskan pelaksanaan inisiatif yang diperkenalkan tahun lalu seperti di bawah inisiatif kedua, iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Turut diteruskan adalah inisiatif ketiga iaitu Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) secara percuma bagi menggalakkan golongan OKU menceburi bidang perniagaan secara sah.

Bagi insiatif keempat, SSM akan melanjutkan tempoh masa pendaftaran SSM BizTrust kepada entiti-entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM secara pecuma sehingga 31 Disember 2022.

Untuk inisiatif kelima, SSM mencadangkan pindaan bagi menambahbaik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 berkaitan mekanisma penyelamat korporat dan skim kompromi atau perkiraan.

Dato Sri Alexander menerusi kenyataan berkata, “Penambahbaikan serta pindaan ini akan membolehkan syarikat-syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian agar syarikat boleh terus beroperasi.

“Inisiatif ini penting untuk membantu sektor korporat yang menghadapi masalah kewangan, terutama sekali akibat pandemik COVID-19 agar kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara”, katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi inisiatif keenam, SSM memperkenalkan peruntukan-peruntukan berkaitan mekanisma penyelamat korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 bagi entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang menghadapi masalah kewangan.

“Rang undang-undang ini bertujuan untuk menambahbaik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat bagi PLT selain turut akan memperkenalkan peruntukan mengukuhkan polisi berhubung kerangka pelaporan pemunyaan benefisial yang komprehensif”

“KPDNHEP dan SSM berharap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu ke arah pemulihan ekonomi negara sejajar dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan”, kata Dato Sri Alexander.

ShareTweetPin
Previous Post

MAJLIS KONVOKESYEN MEATECH 2022 KALI KE-5 IKTIRAF PENGGIAT SENI TANAH AIR MELALUI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Next Post

‘KONSERT LAGU RAKYAT’ TAMPILKAN ARTIS TERNAMA TANAH AIR, BAWA LAGU NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK

Next Post
‘KONSERT LAGU RAKYAT’ TAMPILKAN ARTIS TERNAMA TANAH AIR, BAWA LAGU NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK

‘KONSERT LAGU RAKYAT’ TAMPILKAN ARTIS TERNAMA TANAH AIR, BAWA LAGU NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist