KUCHING – Sindiket penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu belum lagi dikesan oleh polis Sarawak , setakat ini .
Pesuruhjaya Polis Sarawak , Datuk Aidi Ismail , berkata pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan yang rapi dalam usaha untuk membanteras kegiatan tidak bermoral itu .
Oleh itu , beliau mengharapkan orang ramai untuk tampil membantu pihak polis jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket tersebut .
“Justeru sesiapa yang ada maklumat mengenainya , lapor kepada polis secepat mungkin ,” katanya ketika dihubungi oleh pihak media , hari ini .
Ini kerana , pihaknya sukar untuk mengesan golongan yang terlibat dengan aktiviti itu tanpa maklumat daripada penduduk sekitarnya .
Setakat ini , Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan kegiatan menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu di empat negeri , iaitu Johor , Selangor , Kelantan dan Terengganu , membabitkan pusat perubatan di negeri berkenaan .