SYDNEY: Satu lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi Tonga, kata stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia hari ini, dua hari selepas letusan gergasi pertama yang mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik.
Letusan terbaharu itu dikesan pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) tadi, demikian menurut amaran Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin.
Hasil daripada letusan kali kedua tersebut, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan pihaknya mengesan berlakunya ombak besar yang berlaku di kawasan itu.
Terdahulu, letusan gunung berapi bawah laut di Tonga telah meletus hingga mengakibatkan tsunami membadai pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat.