SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

SUMBANGAN KERUSI RODA ISTIMEWA UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN

SUMBANGAN KERUSI RODA ISTIMEWA UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
January 17, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
147
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taman Asuhan dan Kanak-kanak Cacat (Tasputra Perkim) akan membuat sumbangan keperluan kerusi roda kepada golongan yang benar-benar layak , dengan kerjasama Pertubuhan Latter-Day Saints (LDS) dari Amerika Syarikat (AS) .

Pengerusi Tasputra Perkim , Elahe Norman , berkata sumbangan kerusi roda daripada pihaknya bukanlah dari jenis kerusi roda biasa , namun ia ditempah khas untuk keselesaan penggunanya kelak .

Ini kerana , kerusi roda ini akan dibuat berdasarkan keperluan setiap individu , terutama daripada segi keselesaan tubuh badan mereka agar dapat digunakan dengan cara yang betul .

“Ada sesetengah pengguna kerusi roda ini apabila dilihat dari cara penggunaanya, kita dapat lihat ada yang besar , ada yang kecil sehingga mengganggu keselesaan mereka untuk bergerak .

“Jadi, sumbangan yang diberikan oleh LDS ini amatlah dihargai kerana ia berkualiti dan apa yang penting penggunanya dapat manfaat , ” katanya kepada pihak media , hari ini .

Kerjasama ini turut mendapat perhatian daripada NGO lain , iaitu IMU Cares dari Universiti Perubatan Antarabangsa , Rotary District 3300 dan Yayasan Beautiful Gate .

Golongan yang layak untuk memohon bantuan ini adalah individu yang menghadapi masalah kecacatan fizikal seperti palsi serbrum , tulang belakang , pemotongan anggota badan dan sebagainya , khususnya dari golongan B40 .

“Apa yang mereka boleh lakukan ialah datang ke Tasputra pada 29 Januari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan mereka yang layak akan diutamakan .

“Individu terlatih juga akan mengajar bagaimana untuk menggunakan kerusi roda itu ,” jelasnya lagi .

Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai sumbangan ini , boleh menghubungi talian 03-42516100 atau 011-21025515 .

 

ShareTweetPin
Previous Post

GUNUNG BERAPI TONGA MELETUS LAGI, CETUS OMBAK BESAR DI KAWASAN TERSEBUT

Next Post

MTIB-UITM SELANGOR TERBIT BUKU RESURRECTION OF RUDINARA SALINGER HOUSE

Next Post

MTIB-UITM SELANGOR TERBIT BUKU RESURRECTION OF RUDINARA SALINGER HOUSE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • MEMUDAHKAN AKSES RAKYAT: BAS GO KL KINI BEROPERASI KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
  • PENGERUSI ANGKASA NEGERI SELANGOR HADIR MEWAKILI TIMBALAN PRESIDEN ANGKASA KE MAJLIS IFTAR & PENYAMPAIAN SUMBANGAN EHSAN RAMADAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM,ASNAF,MUALAF DAN TAHFIZ ANJURAN KOPERASI AGRO MAKANAN SELANGOR BERHAD
  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist