SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA ERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MALAYSIA

AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA ERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MALAYSIA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
May 28, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
165
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Program Aidilfitri@Dataran Merdeka anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan strategik telah berlangsung bermula jam 10:00 pagi sehingga 2:00 petang hari ini (28 Mei 2022).

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayaj Persekutuan (MAIWP) dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.

YB Datuk Seri Jalaluddin Alias berucap ketika Program Aidilfitri@Dataran Merdeka berlangsung

Sebanyak 120 buah masjid dan surau Jumaat terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan telah menyediakan gerai jamuan masing-masing dalam menyantuni tetamu dan menjamu makanan secara percuma kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama.

Antara gerai makanan yang terlibat ketika Aidilfitri@Dataran Merdeka

Terdapat juga masjid dan surau dari Putrajaya dan Labuan yang telah mengambil bahagian dalam menyediakan gerai jamuan untuk sekitar 20,000 pengunjung yang hadir.

Program Aidilfitri@Dataran Merdeka bertujuan untuk menjalinkan silaturahim dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan selain memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan Jawatankuasa Masjid di Wilayah Persekutuan.

Pengunjung Aidilfitri@Dataran Merdeka yang terdiri daripada pelbagai kaum

Program tersebut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Rabbani dan aktiviti sumbangan duit raya berjumlah RM35,000 kepada 616 orang penerima dalam kalangan anak-anak yatim, asnaf, pelajar tahfiz dan kanak-kanak.

Persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Rabbani

Sebanyak 1,700 naskah al-Quran turut diwakafkan kepada masjid, surau dan sekolah tahfiz sekitar Mentakab, Pahang, Kuala Terengganu dan Taman Sri Muda dalam majlis yang sama.

Sebanyak 1,000 pek makanan pelbagai menu seperti 70 ekor Kambing Golek, Ayam Golek, Nasi Briyani, Ayam KFC, Pizza, Dim Sum, Roti Canai, beberapa hidangan tradisi seperti Lemang, Ambuyat, Kelupis, Kek Lapis, aneka buah-buahan dan Cendol telah disediakan oleh 120 gerai masjid-masjid dan rakan strategik.

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

ShareTweetPin
Previous Post

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2022 KEMBALI MENEMUI PEMINAT SENI BUDAYA BERMULA MEI 2022

Next Post

PROGRAM SILAT PERLU DITERUSKAN, SIMBOLIK KEPADA PENYATUAN UMMAH – ISMAIL SABRI

Next Post

PROGRAM SILAT PERLU DITERUSKAN, SIMBOLIK KEPADA PENYATUAN UMMAH – ISMAIL SABRI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • (no title)
  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist