SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PROGRAM SILAT PERLU DITERUSKAN, SIMBOLIK KEPADA PENYATUAN UMMAH – ISMAIL SABRI

PROGRAM SILAT PERLU DITERUSKAN, SIMBOLIK KEPADA PENYATUAN UMMAH – ISMAIL SABRI

Asraf Zin by Asraf Zin
May 30, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Sekitar Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang diadakan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) pada Ahad (29 Mei)

Sekitar Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang diadakan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) pada Ahad (29 Mei)

68
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Program silat perlu diteruskan kerana ia simbolik kepada penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru Ismail Sabri berkata ahli silat harus berada dalam keadaan bersedia bagi mengurus segala perjalanan persilatan di negara ini.

Beliau berkata pesilat sebagai benteng ketiga pertahanan negara boleh membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara yang sedang dikecapi Keluarga Malaysia pada masa ini.

“Keharmonian dan keamanan negara harus dipertahankan kerana kejayaan kita ini juga bergantung kepada keadaan negara yang aman dan damai serta diurus tadbir dengan baik.

“Bagaimanapun semua kejayaan dan pencapaian negara tidak berlaku sekelip mata kerana ia hasil daya usaha generasi Keluarga Malaysia yang terdahulu yang seharusnya disambung oleh generasi yang ada,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) turut menyarungkan selendang terhormat kepada Tuan Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) (dua dari kiri)

Menurutnya lagi, silat memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan menghindar belia dan beliawanis negara daripada gejala tidak sihat dengan melatih mereka keperibadian baik, mulia, berkeyakinan diri, berdisiplin dan patuh kepada pemimpin melalui latihan silat.

“Peranan yang dimainkan oleh silat begitu besar dan meluas. Daripada sudut budaya dan sukan, silat berupaya memperkenalkan identiti Malaysia ke serata dunia. Ilmu silat harus diinstitusikan sebagai wadah dan wacana perkembangan ilmu melalui strategi berlandaskan agenda pendidikan, warisan budaya dan kesukanan,” katanya.

Selain pengiktirafan silat sebagai salah satu seni bela diri rasmi negara, beliau berkata pengiktirafan terhadap perjuangan pesilat turut diberikan, contohnya perjuangan Allahyarham Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju dalam seni silat negara.

Ketua Pengarah JKKN, Tuan Hj. Mesran bin Mohd Yusop yang menerima selendang terhormat pada Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)

“Gelaran ‘Pendekar Negara’ yang dianugerahkan kepada Allahyarham telah menaikkan imej silat itu sendiri. Sumbangan Allahyarham begitu besar dalam sejarah persilatan moden negara. Diharapkan selepas beliau akan lahir insan-insan yang akan diiktiraf kerajaan dalam dunia persilatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan kerajaan akan meneruskan pembinaan Kompleks Silat Negara yang diharap dapat memperkenalkan seni silat negara di serata dunia.

Terdahulu Ismail Sabri turut menerima anugerah Selendang Kehormat Tertinggi yang disifatkannya sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan tertinggi.

Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Turut dihadiri Ulul Amri PSSLM, Datuk Seri Najib Razak; Mahaguru Muda PSSLM, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan penyandang Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM Tan Sri Noh Omar.

ShareTweetPin
Previous Post

AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA ERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MALAYSIA

Next Post

ENAM INDIVIDU DILANTIK SEBAGAI PPO DAN PPPR SPRM

Next Post
ENAM INDIVIDU DILANTIK SEBAGAI PPO DAN PPPR SPRM

ENAM INDIVIDU DILANTIK SEBAGAI PPO DAN PPPR SPRM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist