SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2022 KEMBALI MENEMUI PEMINAT SENI BUDAYA BERMULA MEI 2022

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2022 KEMBALI MENEMUI PEMINAT SENI BUDAYA BERMULA MEI 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
May 28, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
242
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Panggung Seni Tradisional (PST) 2022 kembali menemui peminat seni budaya pada tahun ini setelah dua (2) tahun dilaksanakan secara atas talian ekoran wabak pandemik COVID-19.

Kali ini, PST 2022 bakal menampilkan persembahan hebat dan memukau dari lima (5) kumpulan pelbagai kaum di Malaysia secara fizikal yang diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Antaranya adalah persembahan pembukaan yang menampilkan bakat istimewa daripada tiga (3) dalang muda dan seorang pemain muzik dalam kalangan OKU penglihatan menerusi Teater Tradisional Wayang Kulit ‘PERTEMPURAN TIGA DALANG’ – “Derhaka Tiga Pengasuh” oleh Akademi Arjunasukma.

YBhg. Datuk Hajah Saraya (tengah) ketika memalu gong sebagai tanda perlancaran PST 2022 pada Jumaat (27 Mei)

Para peminat seni budaya akan dipersembahkan dengan persembahan Teater Tradisional Wayang Kulit ‘Pertempuran 3 Dalang’ oleh Akademi Arjunasukma pada 27 & 28 Mei 2022, diikuti dengan Himpunan Zapin Alam Melayu ‘Nuasa Zapin’ oleh Nyala Dance Theatre pada 24 & 25 Jun 2022.

Lanjutan daripada itu, kemeriahan PST 2022 diteruskan lagi dengan persembahan Pergendangan dan Tari Etnik Punjabi ‘Sounds of Punjab’ oleh Dhol Alliance pada 22 & 23 Julai 2022, Muzik dan Tarian Klasik Cina ‘Eternal Love’ oleh Kelab Tarian Han Fong Kuala Lumpur pada 23 & 24 September 2022.

Serta, Himpunan Terinai Perlis ‘Restorasi Terinai Perlis’ oleh Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya & KESUMA yang akan dilaksanakan pada 21 & 22 Oktober 2022.

Sekitar sesi bergambar bersama tetamu-tetamu kehormat prorgram di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (JKKN) menerusi kenyataan memaklumkan, program ini merupakan usaha bagi memastikan kelestarian seni persembahan tradisional dapat diteruskan dan sebagai langkah pemeliharaan serta pengekalan seni warisan negara.

Bakat istimewa yang ditampilakan oleh salah seorang dalang muda pada hari pertama persembahan Panggung Seni Tari (PST)

“Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus komited untuk memartabatkan keseniaan yang unik dan autentik seperti Panggung Seni Tradisional.

“Diharapkan agensi-agensi swasta dan syarikat-syarikat korporat turut sama memberikan sokongan kepada JKKN sebagai jabatan kerajaan yang mendokong kelestarian seni budaya bangsa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Program ini telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC bersama YBrs. Tuan Haji Mesran bin Yusop, Ketua Pengarah, JKKN serta Pegawai-Pegawai Kanan MOTAC di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai tetamu kehormat yang turut hadir pada program tersebut semalam (27 Mei).

ShareTweetPin
Previous Post

KEMALANGAN MELIBATKAN MYVI DAN LORI, PUNCA KEMALANGAN MASIH DISIASAT

Next Post

AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA ERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MALAYSIA

Next Post

AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA ERATKAN SILATURAHIM KELUARGA MALAYSIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist