PETALING JAYA: Malaysia merekodkan 1,817 jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad (22 Mei).
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi data yang dikeluarkan di portal CovidNow pada hari Isnin (23 Mei), bahawa sekali gus menjadikan jumlah baharu kepada 4,491,320 kes sejak wabak itu bermula.
Daripada 1,817 itu, tiga kes import manakala 1,814 lagi kes tempatan.
Portal CovidNow juga menunjukkan terdapat 3,389 kes pulih pada Ahad (22 Mei), menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia adalah sebanyak 26,511.
Daripada kes aktif, 95.7% atau 25,366 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 18 orang atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) berisiko rendah.
Hanya 4,1% kes aktif atau 1,250 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 40 dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 23 memerlukan sokongan ventilator.