KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Ismail Adam meninggal dunia tengah hari Khamis (21 April) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, akibat penyakit angin ahmar.
Pemergian Allahyarham Datuk Ismail Adam, 77, meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari dan meninggalkan isteri Datin Hasnah Abu Bakar dan empat orang anak.
Terdahulu, jenazah Ismail disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Kuala Lumpur.
Ismail pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai Menteri di kementerian itu pada 1988 sehingga 1999.
Sumbangan Allahyarham antaranya termasuklah pernah terlibat dalam perancangan asal pembinaan Istana Budaya.
Beliau yang memiliki Sarjana dalam Pentadbiran Awam di Pennsylavania State University, Amerika Syarikat turut pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha KKM pada 1999 sehingga 2000.