KOTA BHARU: Kelantan kini memperkenalkan kutipan cukai kayu getah dan tanah berimilik bermula 1 Mac 2022.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata Kelantan menjadi antara negeri yang terlewat dalam memperkenalkan cukai tersebut berbanding negeri-negeri lain.
“Sebelum ini, kita sudah bentangkan cadangan pelaksanaan cukai kayu getah kepada jawatankuasa perhutanan negeri, tetapi ia ditangguhkan,” katanya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Kelantan telah meluluskan cadangan pelaksanaan pembayaran cukai kayu getah dan tanah berimilik bermula 1 Mac 2022.
Susulan pelaksanaan kutipan cukai tersebut, pengeluaran kayu getah dari mana-mana tanah milik perlu dilesenkan terlebih dahulu dan cukai hanya akan dikenakan bagi mana-mana tanah milik dengan keluasan tertentu.