PUTRAJAYA – 58 lagi kes positif COVID-19 melibatkan varian berbahaya ; Omicron dilaporkan hari ini , melalui jujukan genom penuh (WGS) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) , menjadikan angka keseluruhan terkini varian tersebut di Malaysia sebanyak 122 kes .
Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar , berkata , 54 kes jangkitan daripada kes keseluruhan merupakan kes yang dijangkiti daripada luar negara , manakala empat kes lagi melibatkan penularan tempatan .
Bagi pecahan kes pula , 39 daripada 54 kes tersebut dikesan dalam kalangan individu yang pulang dari Arab Saudi , tujuh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) , empat kes dari United Kingdom , dua kes dari Nigeria , dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis .
Manakala bagi empat kes selebihnya dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang individu yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah .
“Ujian jujukan genom penuh (WGS) ke atas sampel-sampel yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron masih dijalankan dan KKM akan memaklumkan perkembangan terkini berhubungan pengesahan varian Omicron dari semasa ke semasa ,” tambahnya lagi .
Dengan penambahan angka terbaharu ini , menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang berpunca daripada varian Omicron di negara ini ialah sebanyak 122 kes ; 177 kes jangkitan import dari luar negara , manakala kes membabitkan penularan tempatan hanya direkodkan sebanyak lima kes , setakat hari ini .