PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Garis Panduan Pengurusan Pasca COVID-19 Kebangsaan pada Julai 2021.
Melalui penerbitan Garis Panduan Pengurusan Pasca Covid-19 Kebangsaan, individu yang mengalami gejala Long COVID.
Long COVID merupakan komplikasi atau sindrom COVID berpanjangan di mana bekas pesakit COVID mengalami gejala Long COVID setelah sembuh daripada jamgkitan COVID-19.
Antara gejala Long COVID yang kerap dialami dan boleh memberi impak ke atas kefungsian serta aktiviti harian individu ialah kelesuan; kesukaran bernafas, batuk, sakit sendi dan otot dan kesukaran tidur nyenyak.
Bagi individu yang mengalami gejala Long COVID yang ringan, mereka boleh menjalani penilaian awal dan rawatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat di seluruh negara.
Individu yang mengalami gejala Long COVID yang serius hingga menjejaskan kefungsian yang ketara serta menjejaskan keupayaan untuk kembali bekerja boleh merujuk hospital yang mempunyai kemahiran perubatan rehabilitasi.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 2,798 pesakit telah menjalani rawatan perubatan rehabilitasi Long COVID melalui rawatan pesakit dalam dan 6,432 melalui rawatan pesakit luar setakat April 2022.
Kadar peratusan bagi pesakit Long COVID yang dapat kembali bekerja dalam tempoh 3 bulan selepas dijangkiti COVID-19 ialah 30 hingga 40 peratus manakala 60 hingga 70 peratus pesakit Long COVID dapat kembali bekerja dalam tempoh 6 bulan selepas dijangkiti.