PUTRAJAYA: Harga runcit bagi petrol RON97 catat kenaikan sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.00 kepada RM3.03 seliter bermula 6 Januari 2022 hingga 12 Januari 2022.
Manakala bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan pengekalan harga runcit petrol RON95 dan Diesel dibuat untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Dalam pada itu, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.