KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,079,745 atau 30.4% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di negara ini telah menamatkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat Rabu (18 Mei).
Menurut portal COVIDNOW, sejumlah 1,653,491 atau 46.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,906,702 atau 93.4% telah selesai menjalani vaksinasi selain 3,003,996 atau 96.5% daripada mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 16,071,981 individu atau 68.3% orang dewasa di negara ini telah mengambil dos penggalak mereka manakala 22,971,916 atau 97.6% telah menyelesaikan dua dos dan 23,247,755 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sebanyak 10,981 dos vaksin Covid-19 telah dikeluarkan dengan 3,254 dos pertama, 5,266 dos kedua dan 2,461 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin yang ditadbir di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,722,028 pada Rabu (18 Mei).