SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

BANTUAN UNTUK RAKYAT MASIH DIUTAMAKAN SEIRING DENGAN PENGUKUHAN KEWANGAN NEGARA

BANTUAN UNTUK RAKYAT MASIH DIUTAMAKAN SEIRING DENGAN PENGUKUHAN KEWANGAN NEGARA

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
December 13, 2021
in Politik
Reading Time: 1 min read
A A
0
43
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan secara berterusan bahawa usaha membantu ekonomi Keluarga Malaysia akan tetap berjalan , seiring dalam memastikan kedudukan kewangan kerajaan masih dalam keadaan stabil .

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata , agenda pemulihan mampan akan diselaras dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) , di mana semua usaha itu akan tertumpu kepada pembangunan teknologi tinggi, inovasi dan kemampanan dalam sektor berpotensi pertumbuhan tinggi.

“Semua itu dirangka bagi memangkin ekonomi inklusif dan berdaya saing untuk manfaat Keluarga Malaysia ,” katanya .

Dalam usaha itu , Kementerian Kewangan akan terus memantau prestasi dan perkembangan berkenaan , bahkan pihak kerajaan akan kekal komited dalam jangka sederhana terhadap sasaran defisit mengikut apa yang telah ditetapkan di bawah RMK-12 , iaitu 3.5 peratus berbanding KDNK pada 2025 .

“Ke arah ini, jawatankuasa telah meneliti beberapa cadangan yang akan menambah baik kedudukan kewangan negara dan kemampanan fiskal setelah ekonomi kembali ke trajektori pertumbuhan sebelum pandemik COVID19 melanda negara ,” katanya .

Bukan itu sahaja , beberapa inisiatif juga turut dibincangkan , antaranya inisiatif pembaharuan institusi , terutama pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) , Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Perbelanjaan Awam (PER) menjadi langkah utama dalam menjayakan usaha berkenaan .

Perdana Menteri berkata , berdasarkan prestasi negara yang direkodkan sehingga akhir November lalu , peningkatan kutipan hasil sebanyak 8.9 peratus telah berjaya dicatat , iaitu kepada RM210.4 bilion , manakala kos pengeluaran meningkat 4.9 peratus kepada RM307.6 bilion .

ShareTweetPin
Previous Post

STATUS MYSEJAHTERA NAJIB RAZAK MASIH KUNING, PERBICARAAN KES 1MDB DITUNDA

Next Post

KERAJAAN LULUS PENDAFTARAN BERSYARAT PRODUK RONAPREVE UNTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN COVID-19

Next Post

KERAJAAN LULUS PENDAFTARAN BERSYARAT PRODUK RONAPREVE UNTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN COVID-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist