JOHOR BAHRU: Parti Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung semalam dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Berdasarkan keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN telah memenangi 40 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 10 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) telah memenangi tiga kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, satu kerusi DUN telah dimenangi iaitu DUN Bukit Batu dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut memenangi satu kerusi di DUN Puteri Wangsa.
Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd. Kadir dalam sebuah kenyataan media menyatakan bahawa Pengerusi Barisan Nasional, barisan pimpinan Dewan Tertinggi BN dan Pengerusi-pengerusi BN Negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat untuk membina kestabilan politik yang dibawa oleh BN.
Selain itu, SPR melaporkan bahawa sebanyak 1,426,573 orang dengan peratusan 54.92 peratus telah keluar mengundi dan angka tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi.
Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar yang layak untuk keluar mengundi adalah seramai 2,597,742 orang dan golongan berumur 21 hingga 29 tahun merupakan kumpulan majoriti yang keluar mengundi.
SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI