SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

PENGANJURAN SEMULA ANUGERAH SENI NEGARA DAN MEMBUKA PENCALONAN MULAI DISEMBER 2023

PENGANJURAN SEMULA ANUGERAH SENI NEGARA DAN MEMBUKA PENCALONAN MULAI DISEMBER 2023

SWA TV by SWA TV
December 7, 2023
in Hiburan, Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
167
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

7hb Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara (ASN) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan
2024 yang lalu. Pencalonan akan dibuka bermula 18hb Disember 2023. ASN merupakan satu anugerah dan pengiktirafan tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada penggiat, karyawan dan seniman yang
telah memperlihatkan ketokohan serta sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air meliputi lima (5) bidang iaitu seni muzik, seni tari, seni lakon, seni kraf dan seni visual. Pelaksanaan semula ASN tahun 2024 adalah satu langkah dalam menzahirkan keprihatinan kerajaan Malaysia khasnya MOTAC untuk
mengiktiraf jasa, sumbangan dan ketokohan penggiat seni yang turut memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat madani. Untuk rekod, ASN telah diadakan sebanyak lapan (8) edisi iaitu bermula
dari tahun 1993, 1995, 1997, 1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada tahun 2009. Anugerah tertinggi melalui ASN ialah Anugerah Seniman Negara yang diberikan kepada seorang
penerima tunggal pada setiap sesi pelaksanaannya. Untuk edisi kali ini, bidang pencalonan anugerah adalah dibuka kepada tiga (3) kategori iaitu:

i. Anugerah Seniman Negara (1 penerima)
ii. Anugerah Karyawan Seni Budaya (5 penerima)
 Anugerah Karyawan Seni Muzik
 Anugerah Karyawan Seni Tari
 Anugerah Karyawan Seni Lakon
 Anugerah Karyawan Seni Kraf
 Anugerah Karyawan Seni Visual
iii. Anugerah Tambahan (3 Penerima)

Anugerah Pendukung Seni (Media/Korporat/NGO)

Antara tokoh yang pernah menerima Anugerah Seniman Negara ialah Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab (Seni Muzik), Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan), Datuk Syed Alwi Syed Hassan (Seni Teater) dan
Khatijah Awang (Seni Makyung). Turut dinobatkan anugerah yang sama ialah Wan Su Othman (Seni Tampak Ukir), Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal (Seni Lukis Visual) dan Hamzah Awang Amat (Wayang Kulit Tradisional).
MOTAC mengalu-alukan pencalonan daripada penggiat industri, karyawan dan seniman dalam bidang seni muzik, tari, lakon, kraf dan visual untuk ASN ini. Seperti pelaksanaan sebelum ini, pemenang akan
dianugerahkan dalam satu majlis berprestij khas yang akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 November 2024 kelak. Tokoh yang dianugerahkan dalam ASN 2024 bakal menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM60,000.00, sepersalinan pakaian kebangsaan,
watikah penganugerahan, trofi, penerbitan berkaitan tokoh serta menjadi seniman tamu MOTAC. Pemenang akan turut menerima insentif penghasilan karya, kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan serta kemudahan/tambang pengangkutan awam milik kerajaan. Pencalonan akan dibuka bermula 18 Disember 2023 (Isnin) sehingga 18 Februari 2024 (Ahad). Syarat-syarat pencalonan dan keterangan lanjut

mengenai ASN 2024, sila layari http://www.motac.gov.my

ShareTweetPin
Previous Post

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2023

Next Post

PENGIKTIRAFAN MEK MULUNG DI BAWAH KATEGORI LIST OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE IN NEED OF URGENT SAFEGUARDING UNESCO 2023

Next Post

PENGIKTIRAFAN MEK MULUNG DI BAWAH KATEGORI LIST OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE IN NEED OF URGENT SAFEGUARDING UNESCO 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist